Secawan kopi serendah RM6, ini 5 port kafe harga bajet
MEMANG tidak dinafikan sekarang ini di merata-rata tempat ada sahaja kafe menjual kopi dengan pelbagai perisa.
Daripada aromanya yang memikat sehingga ke rasa yang menggoda, minuman kopi kini menjadi teman setia dan trend dalam kalangan masyarakat.
Menjadi masalahnya sekarang apabila harga kopi ditawarkan ada sesetengahnya tak masuk akal terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Harga segelas kopi sahaja boleh jadi semahal satu hidangan makan tengah hari, padahal rasanya mungkin cuma biasa-biasa sahaja.

Tapi apa boleh buat, kopi viral biasanya tetap menjadi buruan ramai tidak kira pagi, petang atau malam - minum kopi sudah jadi rutin wajib bagi sesetengah orang.
Nak juga rasa kopi 'best' tapi tak sanggup bazirkan wang semata-mata ingin ikut trend seperti orang lain.
Tenang... Kuali dah senaraikan beberapa 'port' kopi menarik yang anda wajib cuba kalau nak jimat tapi masih boleh 'enjoy' kopi kualiti premium iaitu Café Mesra.
MENARIK DIBACA: [V] ‘Port’ makan wajib di Ipoh, Miker Food destinasi pilihan kaki ‘food hunting’
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!
Anda boleh menikmati pelbagai pilihan kopi seperti cappuccino, latte, dan flat white semuanya dengan harga yang sangat berpatutan.
Tak perlu lagi ke stesen minyak Petronas, kini Café Mesra berada di lokasi strategik berhampiran stesen MRT, muzium dan hentian Rehat dan Rawat (R&R), mudah disinggah dan paling penting bajet pun tak rabak.
Jom tengok lima lokasi menarik Café Mesra di sekitar Lembah Klang.

1. Café Mesra @ ExxonMobil KLCC (Treler)
Terletak di pinggir Taman KLCC, kafe treler ini menjadi pilihan kepada mereka yang meluangkan masa selepas habis jogging atau berjalan santai.
Pilihlah Cappuccino (RM8) atau Iced Latte (RM10) dan padankan dengan pastri seperti Donut Klasik (RM3.90) atau Croissant Jumbo (RM6.00).
Ini barulah namanya mengopi selepas beriadah betul-betul tepi taman sambal nikmati kopi dan pastri segar.

2. Café Mesra @ MRT Ampang Park
Lokasi yang strategik untuk berehat dan 'recharge', memang ini antara 'pit stop' paling sempoi untuk anda singgah.
Sambil menunggu MRT atau mahu meneruskan perjalanan, bolehlah singah sekejap untuk menikmati Flat White (RM8) atau Iced Americano (RM8).
Dikombinasikan dengan Donut Kacang Merah (RM4.10) atau Garlic Chive Bagel (RM8.70) memang sedap dan nikmat!

3. Café Mesra @ The Horizon, Bangsar South
Dikelilingi bangunan pejabat dan reka bentuk moden berkilau, Café Mesra ini menjadi tumpuan tempat rehat terbaik untuk golongan profesional.
Pilihan Vanilla Latte (RM9) atau Hot Americano (RM6) mahupun Coffee Mexico Bun (RM4.50) digabungkan dengan Donat Ikan Bilis (RM4.10) cukup untuk segarkan semula hari anda.
Harganya sudah pasti mampu milik dan paling penting rasanya yang eksklusif.

4. Café Mesra @ Petrosains, Aras 4, KLCC
Kalau anda ke Petrosains, jangan lupa singgah di kafe ini.
Terletak di dalam Petrosains, ia merupakan lokasi ideal untuk mengisi perut sebelum atau selepas seharian menerokai dunia sains yang penuh keajaiban.
Sesuai untuk seisi keluarga, bolehlah nikmati Hot Chocolate (RM8) atau Matcha Latte (RM9) bersama Sandwich Meltz Ayam Salai dan Keju (RM10.10).
Memang 'port' menarik disinggah lepas belajar dan bermain.

5. Café Mesra @ R&R Ayer Keroh Arah Utara
Jangan anggap kopi di sini biasa-biasa, tak ceroi macam yang dijual diluar sana.
Memang wajib singgah di kafe ini untuk menikmati kopi premium yang benar-benar berbeza.
Sambil dalam perjalanan pulang ke utara atau balik dari Melaka, boleh nikmati Americano (RM6), Latte (RM8), Muffin Coklat Berganda (RM6.90) atau Donut Sosej Ayam (RM4.30).
