KUALI | Minuman

Siapa sangka campur jeli konnyaku beri pengalaman berbeza nikmati secawan kopi

Lead Image

SETIAP teguk memberi ketenangan... Buat penggemar kopi, segelas Americano atau Latte di pagi hari ibarat terapi yang cukup membangkitkan semangat sebelum memulakan aktiviti harian.

Jadi bukan perkara pelik jika ada sanggup beratur panjang atau keluar bajet tinggi setiap bulan demi secawan kopi.

Apa kata tambah keseronokan dalam secawan kopi dengan menggabungkan jeli konnyaku yang diperbuat daripada akar konjac kenyal menyegarkan.

MENARIK DIBACA: Air coklat campur buah-buahan cetus letupan rasa dalam mulut, buat penghilang dahaga dalam cuaca panas

MENARIK DIBACA: Senangnya buat susu soya, hanya guna 4 bahan sahaja

Popular dalam kalangan masyarakat Jepun kerana ia tinggi dengan kandungan serat, rendah kalori dan bebas lemak, jeli itu sesuai untuk individu mahu menikmati pencuci mulut tanpa rasa bersalah.

Kali ini, Kuali kongsikan resipi Kopi Jeli Konnyaku mudah, unik dan segar untuk penggemar kopi.

Bahan-Bahan

Jeli Konnyaku

  • 500ml air
  • 5g serbuk kopi (instant atau fresh brew)
  • 30g gula perang
  • 5g serbuk konnyaku (serbuk jeli konjac)

Bahan untuk hidangan

  • Susu badam atau susu segar (ikut pilihan)
  • Ais batu
  • Sedikit madu, sirap karamel (ikut pilihan)

Langkah penyediaan

Jeli konnyaku

  1. Guna periuk, campurkan air, serbuk kopi, gula perang dan serbuk konjac. Kacau hingga semua larut sepenuhnya.
  2. Panaskan atas api sederhana dan biarkan campuran mendidih selama 3 minit, sambil kacau perlahan.
  3. Tuang campuran ke dalam dulang atau bekas rata.
  4. Biarkan sejuk pada suhu bilik, kemudian simpan dalam peti sejuk kira-kira 2 jam sehingga jeli mengeras.

Untuk minuman

  1. Keluarkan jeli dari peti sejuk dan potong dalam bentuk kiub kecil.
  2. Masukkan jeli ke dalam gelas bersama ais batu.
  3. Tuang susu pilihan anda.
  4. Tambah madu dan sirap karamel jika gemar rasa manis ekstra.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Ada rahsia buat teh tarik berlemak, sekali hirup memang boleh ketagih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Ais krim laici ‘homemade’ buat ketagih, perah lemon sikit memang terangkat rasanya

Terhangat