Ada rahsia buat teh tarik berlemak, sekali hirup memang boleh ketagih
TEH tarik merupakan minuman kebanggaan yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia.
Dengan campuran teh dan susu, ia bukan lagi sekadar minuman tetapi mampu mencetuskan nostalgia.
Tapi tak semua orang boleh menghasilkan segelas teh tarik yang sedap dan mampu membuatkan si peminum ketagih dengannya.
MENARIK DIBACA : Tak pernah dibuat orang! Gulai lemak rambutan unik, ramai pula terliur
MENARIK DIBACA : Siapa sangka campur jeli konnyaku beri pengalaman berbeza nikmati secawan kopi
Sebabnya ada rahsia dalam cara pembuatan teh tarik yang sedap dan bukan sekadar mencampurkan serbuk, gula dan susu.
Jom Kuali tunjukkan rahsia buat teh tarik yang pasti akan membuatkan sesiapa sahaja ketagih.
Bahan-bahan:
- 2 1/2 sudu besar serbuk teh
- 750ml air panas
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 5 sudu besar susu sejat
Langkah penyediaan:
- Didihkan air di dalam periuk, kemudian biarkan sejuk selama beberapa minit.
- Letakkan serbuk teh dalam penapis teh kain di atas cawan logam dan tuangkan air.
- Biarkan selama 10-15 minit sebelum mengangkat penapis.
- Dalam cawan logam yang berasingan, masukkan susu pekat manis dan susu sejat.
- Dengan berhati-hati, tuangkan kedua-dua campuran berulang-alik dari ketinggian paras lengan untuk menghasilkan buih pekat.
- Apabila teh berbuih dan sebati, tuangkan ke dalam dua gelas dan sedia dihidang.