KUALI | Pastri

Resipi mufin pisang senang sangat, boleh ajak anak-anak bantu di dapur 

Lead Image

SELAIN televisyen dan telefon, apa kata jadikan dapur sebagai tempat berseronok dengan anak-anak ketika musim cuti sekolah ini.

Alang-alang, jom cuba resipi mufin pisang lembut yang mudah tetapi mampu mengukir senyuman di wajah mereka.

Pisang bukan sahaja manis secara semula jadi, malah kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang bagus untuk tumbesaran anak.

Malah, aroma pisang yang semerbak ditambah pula dengan kemanisan gula kastor pasti membuatkan mereka tak berhenti makan.

Jom Kuali kongsi resipinya:

Pisang yang hendak dimasak perlu dilenyekkan dahulu.

Bahan-bahan

Bahan kering:

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • Secubit garam

Bahan basah:

  • 1 cawan pisang yang telah dilenyek (apa-apa jenis pisang)
  • 2 biji telur
  • 150 gm mentega atau marjerin (dicairkan)
  • ¾ cawan gula kastor

Hiasan:

  • ½ cawan chocolate chip

MENARIK DIBACA: Hanya guna 4 bahan, resipi popiah ubi keledek coklat mesti disukai anak-anak

MENARIK DIBACA: Che Nom ajar 2 cara buat puding karamel, rasanya tetap sedap!

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 15 minit. Sediakan muffin paper atau loyang muffin dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, ayak bahan kering iaitu tepung naik sendiri, garam dan soda bikarbonat. Gaul sebati dan ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, gaulkan pisang lenyek bersama gula kastor hingga sebati.
  4. Masukkan telur dan mentega/marjerin cair, kacau sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan basah. Gaul perlahan sekadar sebati, jangan terlebih kacau.
  6. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin sehingga ¾ penuh.
  7. Taburkan chocolate chip di atas permukaan sebagai hiasan.
  8. Bakar selama 18–25 minit pada suhu 180°C, bergantung pada oven masing-masing.
  9. Buat ujian cucuk — jika lidi keluar bersih dan tidak melekat, muffin telah masak. Jika masih melekat, bakar lagi 5–10 minit.
  10. Angkat, biarkan sejuk dan siap untuk dinikmati.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Pastri

Nasi semalam jangan dibuang, boleh dibuat kek cawan bersama coklat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Pastri

Hanya guna 4 bahan, resipi popiah ubi keledek coklat mesti disukai anak-anak

Terhangat