Roti telur ini nampak biasa tapi ada ramuan rahsia! Si kecil cerewet bab makan mungkin ketagih
KALAU anak seorang yang cerewet bab makan atau ‘picky eater’, pasti anda stres memikirkan makanan apa yang hendak dimasak.
Lagi menyedihkan apabila masakan yang disediakan langsung tidak dijamah oleh anak.
Tapi jangan risau, ada cara mudah yang boleh bantu buat anak berselera atau mungkin terus ketagih untuk makan!
Menerusi laman Threads, seorang pengguna berkongsi tip penyediaan menu mudah tetapi menyelerakan, hanya guna beberapa bahan sahaja.
Rahsianya adalah campuran bawang putih yang ditumbuk kemudian disalut bersama roti telur.
Kalau nak buat dua keping roti, seulas bawang putih sudah cukup tetapi boleh juga ditambah ikut selera masing-masing.
Bahagian luar roti yang garing dan bau wangi bawang putih pasti akan buatkan anak puas hati!

Bahan-bahan:
- 2 keping roti
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- 1 ulas bawang putih (boleh tambah ikut cita rasa)
MENARIK DIBACA: Nikmat dapat minum 'coconut shake' ala Klebang, mudah je nak buat
MENARIK DIBACA: DIY sabun cuci lantai guna 3 bahan dapur... Simpan dalam botol jadikan stok, dah tak perlu beli sabun
Cara penyediaan:
- Hiris atau tumbuk bawang putih.
- Pukul telur dengan sedikit garam. Masukkan bawang putih ke dalam telur dan kacau rata.
- Celup roti ke dalam telur tadi, pastikan rata.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak, kemudian goreng roti telur sampai keemasan di kedua-dua belah permukaan.
- Angkat, hidangkan panas-panas!