KUALI | Resipi Tradisi
Mahu hidangan ayam masak merah lebih aroma, rahsianya tambah daun pandan
AYAM masak merah memang sinonim dengan lauk raya.
Aroma yang harum, warna merah menyala, dan rasa manis-pedas yang seimbang membuatkan ramai yang tidak mampu menolak untuk menikmati hidangan ini.
Perkongsian resipi daripada @alidgaf di laman Threads menekankan rahsia kesedapan ayam masak merah dengan menggabungkan serai dan daun pandan.
Menariknya lauk ini lebih enak jika dinikmati sekali bersama nasi impit dan rendang.
Jom Kuali kongsi resipinya:-

Bahan-bahan
Bahan utama
- 1 ekor ayam, potong ikut saiz sederhana
Bahan kisar A
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Halia seulas
Bahan kisar B
- 10-12 biji cili kering Yidu (direbus lama)
Bahan tambahan
- 3 batang serai (dititik)
- 2-3 helai daun pandan
- Sos tomato
- Sos cili
- Gula Melaka secukupnya
- 1 biji bawang besar, hiris bulat
- Daun ketumbar untuk hiasan
- Garam dan serbuk perasa
MENARIK DIBACA: Sarapan cepat tapi berkhasiat, cuba salad ayam teriyaki ringkas ini
MENARIK DIBACA: Aroma ayam tumis bunga kantan bangkit selera, perut kenyang boleh berkeroncong
Cara penyediaan
- Goreng ayam hingga separuh masak dan ketepikan.
- Tumis serai dan daun pandan sekejap hingga wangi. Masukkan bahan kisar A dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan 4–5 sudu pes cili kisar dan tumis perlahan hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tomato, sos cili, gula melaka, garam, dan serbuk perasa. Masak sehingga pecah minyak dan warna menjadi merah gelap.
- Masukkan ayam goreng dan bawang hiris. Masak hingga bawang separuh layu dan ayam betul-betul sebati dengan kuah.
- Tutup api dan tabur daun ketumbar sebelum dihidang.
