Susu pekat manis 'homemade' sedap, berlemak... Lebih enak dari beli di kedai
BAGI yang gemar menggunakan susu pekat manis dalam minuman atau pencuci mulut, tidak perlu risau jika ia kehabisan stok di rumah.
Dengan hanya menggunakan beberapa bahan asas, anda sebenarnya boleh menghasilkan susu pekat manis sendiri dengan mudah.
Teksturnya yang pekat, rasa manis dan lemak juga menjadikan versi homemade ini sesuai dinikmati bersama kopi, teh atau digunakan dalam pelbagai resipi kegemaran.
Jom cuba buat sendiri susu pekat manis seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Citarasa Julizah Aden.

Bahan-bahan
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 2 1/2 cawan susu tepung
- Garam (pilihan)
MENARIK DIBACA : Kreatif habis! Wanita hantar resume dalam bentuk kek span, siap ada QR Code
MENARIK DIBACA : Dari wagon ke 44 cawangan hanya dalam tempoh setahun! Ahmad's Fried Chicken mula tambat hati pelanggan
Langkah penyediaan
- Tuang gula pasir dan air ke dalam periuk lalu masak dengan api sederhana sehingga gula larut.
- Apabila gula larut, biarkan sehingga mendidih. Sebelum padamkan api, pastikan air larutan gula tadi menjadi sedikit pekat (jangan terlalu pekat) dan biarkan sehingga air gula menjadi suam.
- Selepas air gula suam, masukkan ke dalam pengisar (blender) bersama susu tepung serta secubit garam jika perlu lalu kisar sehingga halus.
- Hasilnya, anda akan mendapat susu pekat manis yang sedap, pekat dan berlemak.