Buat sendiri aiskrim yogurt nanas gebu dan menyegarkan! Tak sangka rasa premium
BILA cuaca panas, memang nikmat kalau dapat makan aiskrim yang sejuk dan menyegarkan.
Tak perlu beli di kedai, rupanya aiskrim yogurt nanas boleh dibuat sendiri di rumah dengan bahan yang ringkas dan cara penyediaan yang cukup mudah.
Kombinasi rasa manis masam nanas, Greek yogurt yang berkrim serta madu menghasilkan pencuci mulut yang bukan sahaja lembut, malah seakan-akan aiskrim premium.
Paling menarik, resipi ini hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan sesuai dinikmati seisi keluarga.

Bahan-bahan
- 1 biji nanas (dipotong kecil)
- 1 mangkuk Greek yogurt
- 1 mangkuk kecil madu
- 1 penutup kecil esen vanila
- Daun pudina (hiasan)
MENARIK DIBACA: Sampai ralit menyedut sumsum dibuatnya, ini lokasi rahsia di KL jual sup tulang merah Singapura
MENARIK DIBACA: Guna resipi turun temurun, rahsia kedai Sate Padang Pak Saf penuh pelanggan
Langkah penyediaan
- Potong nanas menjadi potongan kecil lalu simpan dalam peti sejuk (freezer) sehingga beku selama beberapa jam.
- Masukkan nanas yang telah dibekukan tadi ke dalam pengisar bersama Greek yogurt, madu dan esen vanila lalu kisar sehingga halus.
- Tuang bahan yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk lalu simpan di dalam peti sejuk sehingga beku selama semalaman.
- Sedia untuk dinikmati sebagai pemanis mulut.
- Hasilnya, anda akan mendapat aiskrim yogurt dengan rasa nanas yang lembut dengan rasa premium.