Influencer kongsi resipi pelik warisan keluarga! Masak ayam dalam Coke, hasilnya enak
SIAPA sangka air minuman berkarbonat berperisa Cola boleh menjadi ‘ramuan rahsia’ dalam menghasilkan masakan ayam yang enak.
Resipi perkongsian seorang pempengaruh berasal dari Amerika Syarikat @itsmeju1iette menunjukkan bagaimana dia menggunakan Diet Coke dan dikatakan mampu menghasilkan isi ayam yang lembut, berjus serta penuh rasa.
Jelasnya, ia bukanlah inovasi baharu dalam dunia masakan, sebaliknya merupakan petua turun-temurun dalam keluarganya.
“Nenek saya yang ajar resipi ini,” ujarnya.
Dengan hanya menggunakan tiga tin Diet Coke bersama sos BBQ, sudah cukup untuk dia menghasilkan hidangan ayam yang unik, beraroma dan menyelerakan.
Jika mahu lebih padu, boleh juga ditambah dengan pelbagai rempah ratus mengikut cita rasa sendiri.

Jom Kuali kongsikan resipinya:-
Bahan-bahan
- 1 pek paha ayam
- 3 tin Diet Coke
- 1 botol sos BBQ
- Serbuk bawang putih (pilihan)
- Serbuk bawang merah (pilihan)
- Kicap masin (pilihan)
MENARIK DIBACA: Puas cari rahsia, rupanya ayam masak merah majlis kenduri sedap letak oren Sunquick
MENARIK DIBACA: Teknik ‘no oil no butter’ jadi trend, makanan sihat dimasak influencer buat ramai terliur
Cara penyediaan
- Panaskan kuali besar di atas api sederhana dan tuangkan 3 tin Diet Coke ke dalam kuali.
- Masukkan sos BBQ dan kacau hingga sebati, kemudian tunggu sampai mendidih.
- Masukkan paha ayam ke dalam kuah itu dan tambahkan serbuk bawang putih, serbuk bawang merah dan sedikit kicap jika mahu rasa lebih padu.
- Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi sedikit pekat serta berkilat.
- Bila ayam sudah masak sempurna, angkat dan hidangkan panas-panas.