info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Asyik masak sambal, cuba buat terung sumbat pula! Mungkin jadi lauk kegemaran

Lead Image

PEMINAT terung mesti sudah biasa dengan pelbagai menu seperti terung sambal dan terung berlada

Kalau sudah mula bosan dengan cara masakan sama, apa kata cuba olah terung menjadi hidangan lebih menarik dengan inti daging atau ayam cincang.

Bukan sahaja mudah disediakan, resipi dikongsikan oleh rachunyou ini juga menggunakan bahan-bahan cukup ringkas dan sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau malam.

Malah, tekstur terung lembut digabungkan dengan inti daging berempah menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan apabila dimakan panas-panas.

Cuba kelainan resipi menggunakan terung dengan mengolahnya menjadi terung sumbat berinti.

Bahan-bahan

  • 2 biji terung
  • Daging cincang atau ayam cincang secukupnya
  • Daun bawang, dihiris halus
  • Tepung jagung secukupnya
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk lima rempah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak
  • 1 1/2 mangkuk air

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Langkah penyediaan

  1. Campurkan daging cincang atau ayam cincang bersama daun bawang dan sedikit tepung jagung.
  2. Masukkan serbuk lima rempah dan garam, kemudian gaul sehingga sebati. Perapkan selama kira-kira 15 minit.
  3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan sedikit tepung jagung serta air. Kacau sehingga sebati.
  4. Potong terung secara nipis dan berpasangan. Pastikan potongan pertama tidak sampai putus manakala potongan kedua diputuskan sepenuhnya sehingga membentuk ruang seperti poket.
  5. Sumbat inti daging atau ayam di bahagian tengah terung.
  6. Celup terung sudah berinti ke dalam bancuhan telur.
  7. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan susun terung berinti.
  8. Goreng sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar keemasan.
  9. Tuangkan air, tutup kuali dan reneh selama lebih kurang dua minit atau sehingga inti daging masak sepenuhnya.
  10. Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Enak, tinggi protein! Tauhu telur udang bercili bangkit selera individu sedang diet

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Timun sejuk, rangup inti protein enak... Snek sedap untuk diet, sukar nak tolak

Terhangat