Enak, tinggi protein! Tauhu telur udang bercili bangkit selera individu sedang diet
MENU tinggi protein tak semestinya membosankan atau perlu dihidang dengan rasa hambar sahaja.
Sebenarnya hidangan tinggi protein yang biasanya disediakan dengan cara ringkas juga menjadi satu menu menyelerakan, misalnya menambah cili yang memberikan rasa pedas dan tekstur rangup tambahan.
Di Threads, seorang wanita dikenali sebagai alieyazhr berkongsi idea menu tauhu telur udang cili rangup.
“Saya ingatkan menu tinggi protein kena bosan, sekali tengok yang ni terus rasa lapar. Lagi-lagi bila letak cili rangup atas tu,” tulisnya.
Menariknya, hidangan itu hanya menggunakan bahan ringkas iaitu telur, udang dan tauhu lembut.

Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 1 keping tauhu lembut
- 10 ekor udang saiz sederhana
- 1/2 sudu besar kicap
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu besar cili rangup
- 1 sudu besar daun bawang (dihiris)
MENARIK DIBACA: 3 kebaikan makan yogurt 'homemade'... Ini cara mudah penyediaan, nikmati tanpa ragu
MENARIK DIBACA: Tak kisah beras jenis apa, makan nasi 3 kali sehari tetap boleh kurus... Ikut saja kaedah ini!
Langkah penyediaan
- Pecahkan telur dalam satu mangkuk, tuang kicap dan minyak bijan lalu kacau sebati.
- Letak tauhu lembut dalam bahan tadi. Susun udang.
- Panaskan dalam microwave selama 3 minit.
- Keluarkan, letak cili rangup dan taburkan daun bawang.