KUALI | Menu Selebriti

Berdesing telinga orang kutuk makanan dari negaranya, Imran Ajmain senarai menu sedap kalau ke Singapura

Lead Image

SEBAGAI anak jati Singapura, telinga penyanyi Imran Ajmain 'berdesing' apabila mendengar rakyat Malaysia memperlekeh makanan dari negaranya.

Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 44, berkata, tanggapan makanan di Singapura tidak mempunyai identiti sehingga dibanding-bandingkan turut membuatkan hatinya terluka.

“Saya sebenarnya tak berapa gembira apabila ada orang Malaysia nak mengata makanan terutamanya nasi lemak di Singapura tak sedap!

Imran berkongsi perkara itu ketika ditemui Kuali.

“Bukan itu sahaja, ada juga berfikir hidangan di sana tidak pelbagai dan hanya ada chili crab saja. Itu tidak benar,” katanya kepada Kuali.

Imran sebaliknya menegaskan hidangan di negara kelahirannya itu mempunyai kelebihan tersendiri namun kurang mendapat perhatian.

Tambah penyanyi itu, pelancong yang berkunjung disarankan mencuba makanan tempatan yang mencerminkan cita rasa masyarakat di Singapura.

"Makanan Melayu di sana ada bermacam-macam jenis. Tak payahlah datang Singapura cari nasi lemak, di Malaysia berlambak!

MENARIK DIBACA: Terlalu bergantung pada YouTube, nama semakin tenggelam... Che Nom kata kehendak setiap orang berbeza

MENARIK DIBACA: Keputusan tinggalkan karier doktor akhirnya ada kemanisan, gerai nasi padang pemuda ini kini jadi sebutan ramai

"Cari makanan yang orang sana selalu makan contohnya mi rebus, kacang pool, nasi sambal goreng, nasi rawon dan nasi jenganan.

"Kalau pergi ke mana-mana pusat penjaja di beberapa kawasan, pasti pelancong akan jumpa makanan Melayu yang sedap-sedap belaka di sana," ujarnya.

Sementara itu, Imran turut memberitahu dia amat menggemari hidangan tradisional popular dari Negeri Sembilan iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Api.

Meskipun begitu, hidangan tersebut sukar ditemui di Singapura memandangkan pemakanan daging itik bukanlah sesuatu yang lazim dalam budaya masyarakat setempat.

Imran bangga dengan kepelbagaian hidangan di Singapura. -FOTO Mamanda, The Dining Room

"Ramai orang di Singapura mengelak untuk makan daging itik kerana kita tidak dibudayakan dengan hidangan itu.

"Tapi saya paling suka satu makanan Negeri Sembilan iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Api. 

"Malangnya hidangan itu memang tiada di Singapura, kalau ada pun sangat susah betul nak cari!," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Nadia Aqilah tak 'hadap' beg tangan mahal, lebih rela beli makanan organik untuk anak-anak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

Rendang daging Padang buat Nazia Mustafar jatuh cinta, bertahun cuba hasil resipi sama... Kini masak hampir 1 tan sebulan buat pelanggan

Terhangat