[V] Sedar usia semakin meningkat, Aeril Zafrel tak bertenaga tanpa suplemen - “Badan dah tak macam dulu”
DIKENALI sebagai salah seorang aktor dengan wajah tampan serta memiliki personaliti lelaki sejati, pelakon Aeril Zafrel tidak pernah gagal mencairkan hati peminatnya menerusi watak dilakonkan.
Melihat kelebihan pada kulit wajahnya yang bersih serta susuk tubuh tegap, pasti ramai beranggapan lelaki berusia 37 tahun itu cukup menjaga penampilan dan gemar mengambil sayur-sayuran.
Namun, Aeril atau Suhairil Sunari ketika ditemui Kuali mengakui dirinya bukanlah seorang penggemar sayur-sayuran.

Malah dia hanya menikmati dua jenis sayur-sayuran sahaja iaitu kangkung dan bayam.
"Saya tidak suka makan sayur. Kalau makan pun hanya kangkung dan bayam," katanya tanpa teragak-agak.
Bagi memastikan tubuh badannya mendapat keperluan khasiat sempurna, Aeril memberitahu mengamalkan rutin pengambilan vitamin dan makanan tambahan (suplemen) untuk kekal sihat dan aktif.
Kata Aeril, seiring dengan peningkatan usia, dia harus mula mengamalkan pengambilan suplemen , lebih-lebih lagi apabila mula terasa perubahan pada kecergasan tubuh badannya.
MENARIK DIBACA: [V] Boleh buat bekal bercuti ke luar negara, jom cuba resipi sambal tumis campur 4 dalam 1
MENARIK DIBACA: [V] Rupanya pucat dan rasanya hambar! Cicah dengan sambal ‘berapi’ baru tahu kehebatan sate taichan
Tanpa berselindung suami kepada pelakon dan usahawan, Wawa Zainal itu berkata tubuhnya kini sudah tidak lagi sama seperti seperti dahulu.
"Badan saya sudah tidak lagi sama seperti dahulu.
"Sebelum ini, kalau tidak makan suplemen, saya masih lagi rasa bertenaga.
"Tapi sekarang saya rasa tidak boleh bergerak aktif tanpa ambil makanan tambahan," ujarnya.