[V] Allan Andersn tak makan nasi... Rahsia kulit mulus, badan tak berbau
PENYANYI Indonesia Allan Andersn hanya mengambil nasi sekali seminggu sebagai cara menjaga bentuk badan selain kualiti vokal ketika membuat persembahan.
Allan atau Joan Allan Anderson, 34, berkata, amalan itu juga menjadikan kulit wajahnya lebih mulus selain mengelak badan berbau.
"Saya tidak makan nasi. Kalau makan pun cuma seminggu sekali sahaja.
"Alasannya kerana saya mahu bentuk tubuh kekal kurus, selain menjaga lontaran vokal ketika menyanyi.
"Sejak saya tidak makan nasi, kulit wajah saya juga semakin mulus dan badan juga tidak berbau," ujarnya kepada Kuali.

Sebagai ganti, Allan akan mengambil keledek serta beras perang bagi mendapatkan tenaga selain melebihkan protein dan sayur-sayuran dalam diet.
Berkongsi pengalaman menetap di Malaysia sejam enam tahun lalu, Allan mengakui lebih gemar masak sendiri di rumah sebagai langkah untuk berjimat-cermat berbanding makan di luar.
MENARIK DIBACA: [V] Dipaksa belajar masak sejak remaja, didikan tegas ibu buat Adriana Adnan bersyukur... Sekarang hari-hari masak untuk suami
MENARIK DIBACA: Ini cara buat ayam goreng mamak, bahan perapan kena betul barulah sedap
Penyanyi dengan imej berkepala botak itu sering meminta bantuan ibunya di kampung untuk berkongsi resipi masakan.
"Saya memang suka memasak untuk berjimat-cermat. Kerana kalau makan setiap hari di luar itu mahal.
"Jadi saya sering telefon ibu saya di kampung untuk kongsi resipi masakan terutama masakan asli Manado.
"Manado memang kaya dengan pelbagai masakan yang enak-enak seperti sate garo, tinutuan iaitu sejenis bubur sayur, cakalang fufu dan ayam rica-rica," katanya yang baharu sahaja muncul dengan single terbaharu berjudul Senafas.