[V] Berat pernah cecah hampir 100 kilogram, Nazrief Nazri disiplin bab diet - “Kerjaya saya perlu ‘jual diri’”
DI SEBALIK tubuh sasanya, siapa sangka berat badan pelakon Nazrief Nazri pernah mencecah 98 kilogram sebelum ini.
Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 34, berkata, berat badannya meningkat mendadak ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19.
Bagaimanapun Nazrief nekad menurunkan berat badannya kerana sedar karier sebagai pelakon bukan sekadar menjual bakat tetapi 'menjual diri' untuk sentiasa kelihatan sempurna di hadapan kamera.
"Ketika PKP, berat badan saya pernah mencecah sehingga 98 kilogram.

"Tapi disebabkan saya mencari rezeki dengan 'menjual diri' (sebagai pelakon) untuk kelihatan sempurna.
"Maka mahu atau tidak saya kena amalkan gaya pemakanan sihat," ujarnya kepada Kuali.
Bercakap tentang rutin diamalkan, Nazrief menolak diet ekstrem, sebaliknya mengamalkan pemakanan seimbang dengan membuat jadual pemakanan seperti disarankan oleh jurulatih kecerdasan.
MENARIK DIBACA: Hanya guna 4 bahan, resipi popiah ubi keledek coklat mesti disukai anak-anak
MENARIK DIBACA: Patutlah ibu hamil suka makan jeruk! Di sebalik rasa masam dan manis, ada khasiat tersembunyi
Bagi mencapai sasaran, setiap hari pelakon drama Seribu Tahun itu akan membawa bekal ke set penggambaran dengan pilihan menu sihat namun mengenyangkan.
"Saya amalkan 'meal plan' seperti dicadangkan jurulatih kecerdasan selain membawa bekal setiap hari ke set penggambaran.
"Menu saya bawa biasanya juadah yang tidak perlu dimasak dan mudah seperti kacang gajus, mentega kacang, roti gandum, pisang, telur dan tuna dalam tin.
"Inilah makanan harian saya setiap hari dan saya tetap kenyang. Alhamdulillah, berat badan saya kini turun sehingga 74 kilogram," ujar bapa seorang anak ini.