[V] Intan Maya pandai memasak, penyanyi viral ‘Cinta Tersimpul Rapi 2026’ wajib masuk dapur setiap hari
PENYANYI baharu Intan Maya mengakui selalu masuk ke dapur bagi menyediakan hidangan setiap hari.
Menurut Intan, 25, meskipun tinggal sendirian, namun dia tetap menggagahkan diri memasak dan lebih suka menikmati sajian air tangannya sendiri.
"Saya selalu masuk dapur, boleh dikatakan pandai juga memasak... selalu lauk sambal-sambal, sup semua saya boleh.

"Bulan puasa ini pun saya memasak, sebab saya suka. Malah untuk sahur pun saya masak juga, selalu saya memilih menyediakan makanan berat... Macam desert dan manisan saya kurang sikit suka.
"Saya belajar memasak daripada ibu dan ayah saya. Sebab itulah saya ambil peluang belajar daripada mereka," katanya kepada Kuali.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Riezman Khuzaimi 'telan' 12 biji telur sehari, hampir 30 tahun tak ambil gula
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rizal Rasid rindu popia goreng Brunei, ‘jatuh cinta’ keunikan rasa satar Malaysia
Dalam pada itu, penyanyi yang mula dikenali kerana lagu viral Cinta Tersimpul Rapi 2026 berpandangan seorang wanita perlulah mempunyai ilmu asas mengenai masakan.
Namun begitu, mereka tidaklah diwajibkan berada di dapur seperti tanggapan segelintir masyarakat yang berpendapat wanita harus tahu memasak.
"Bagi saya perempuan tak wajib pun masuk dapur... cumanya kena ada la common sense dengan pasangan.

"Macam sayapun belum berkahwin tapi sebagai wanita asas memasak tu kena tahu. Tapi kalau tak pandai tak apa, masih boleh belajar.
"Suami pula janganlah mengharapkan untuk dapat isteri yang tahu semua. Masing-masing boleh belajar untuk menjadi lebih baik," ujarnya.