KUALI | Menu Selebriti

[V] Riezman Khuzaimi 'telan' 12 biji telur sehari, hampir 30 tahun tak ambil gula

MENCECAH usia 56 tahun, pelakon senior Riezman Khuzaimi masih kelihatan segak dan bertenaga seperti zamannya ketika muda.

Berkongsi rutin pemakanan yang diamalkan, pelakon kelahiran 12 Mac 1970 itu memberitahu dia mengamalkan rutin diet tinggi protein dengan mengambil sehingga 12 biji telur setiap hari.

Selain untuk tujuan kesihatan, sebagai seorang aktor dia perlu menjaga bentuk tubuh untuk 'dijual' dalam mana-mana naskhah yang  bakal dibintanginya.

Pelakon berusia 56 tahun ini tidak mengambil gula sejak berusia 27 tahun.

"Pada usia sekarang, saya mengamalkan diet tinggi protein untuk menjaga kesihatan serta bentuk badan.

"Ini kerana saya diibaratkan 'produk untuk dijual' sama ada dalam drama atau filem.

"Jadi saya ambil sehingga 12 biji telur setiap hari untuk membekalkan sumber protein yang cukup untuk badan," katanya kepada Kuali.

Ketika di bulan puasa pula, pelakon filem Embun itu mengamalkan pemakanan sewaktu sahur dengan mengambil campuran yogurt, oat, susu dan kurma yang dikisar.

MENARIK DIBACA: Lupakan trend Khairul Aming, kanak-kanak 'rare' ini lebih terliur tengok resipi komik 'legend' Lawak Kampus

MENARIK DIBACA: [V] Rizal Rasid rindu popia goreng Brunei, ‘jatuh cinta’ keunikan rasa satar Malaysia

Selain bagus untuk kesihatan, rutin yang diamalkan itu jua membuatkan dia berasa kenyang sepanjang hari sehingga waktu berbuka puasa.

"Alhamdulillah, selain bagus untuk kesihatan, ia malah membuatkan saya kenyang sepanjang hari.

"Untuk berbuka puasa pula, saya mesti kena ada ayam dan telur untuk keperluan protein.

"Saya masih ambil nasi, namun dalam kuantiti yang sedikit untuk sumber karbohidrat," ujarnya.

Saya ambil sehingga 12 biji telur setiap hari untuk membekalkan sumber protein yang cukup untuk badan.

Riezman Khuzaimi

Bercerita lebih lanjut, pelakon berdagu lekuk itu memberitahu sudah setahun dia tidak mengambil makanan berasaskan gandum seperti roti.

Malah, Riezman turut mendedahkan dia tidak lagi mengambil gula sejak berusia 27 tahun.

Sebagai pelakon, Riezman perlu menjaga bentuk tubuhnya supaya kelihatan sempurna.

"Saya tidak ambil gula sejak usia 27 tahun sehingga sekarang. Di rumah pun memang tidak ada gula langsung.

"Sebagai ganti, saya ambil buah-buahan serta nasi kerana masih mengandungi gula untuk tenaga.

"Alhamdulillah saya masih ada tenaga untuk bekerja dari pagi sampai ke malam," kongsinya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Intan Maya pandai memasak, penyanyi viral ‘Cinta Tersimpul Rapi 2026’ wajib masuk dapur setiap hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Rizal Rasid rindu popia goreng Brunei, ‘jatuh cinta’ keunikan rasa satar Malaysia

play

Terhangat