[V] 10 fakta truffle, bahan hitam dalam pasta Nabila Huda... 'Check' harga ramai 'undur diri'
PERKONGSIAN resipi di media sosial bukan sahaja membuatkan ramai yang melihatnya terliur, malah membuka ruang untuk pengguna mengenali bahan-bahan yang jarang digunakan di dapur.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Sha berkongsi pandangannya selepas menonton [Tonton Video] pasta dimasak oleh pelakon Nabila Huda yang mencuri perhatian ramai.
Menurutnya, spageti yang dimasak kelihatan cukup menyelerakan, namun satu bahan berwarna hitam yang digunakan benar-benar membuatkan dirinya berasa ingin tahu.
“Nampak sedap spageti Nabila Huda masak. Saya perhati betul-betul apa dia letak dalam tu.

“Tapi part paling mencuri perhatian saya warna hitam tu weh… tapi sekali check out harga rasa tak mampu,” kongsinya.
Rupa-rupanya, bahan dimaksudkan adalah truffle, sejenis bahan mewah yang sering digunakan dalam masakan Barat.
Di ruangan komen, ada netizen berkongsi pengalaman masing-masing mencuba truffle dengan ada yang mengakui jatuh cinta dengan aromanya.
MENARIK DIBACA: Sambal matah mudah nak buat, layan dengan nasi panas dah tak toleh kiri kanan
MENARIK DIBACA: Umur 60 tahun masih cun macam anak dara, Sasha Aziz kongsi amalan pemakanan ibu
“Benda ni memang mahal sis… tapi sumpah sedap!
“Truffle… oh memang sedap! Suka sangat aroma dia, rasa earthy (semula jadi). Dalam menu kalau nampak je perkataan truffle, confirm order.
“Real truffle has a very subtle taste. Awak boleh cuba guna buah kulim atau minyak kulim untuk rasa yang hampir sama, cuma lebih garlicky (kuat rasa bawang putih).
“Sedapnya truffle ni. Lepas tu makan sekali dengan parmesan, pergh! Rasa macam ‘forest’ gitu sebab dia cendawan kan.

Berikut adalah fakta mengenai truffle yang sering digunakan dalam hidangan Barat:
1.Truffle sebenarnya sejenis kulat tumbuh di dalam tanah, biasanya berhampiran akar pokok seperti oak atau hazelnut.
2.Berbeza dengan cendawan biasa, truffle sukar ditemui kerana tumbuh di bawah tanah dan memerlukan bantuan haiwan terlatih seperti anjing atau babi untuk mencarinya.
3.Faktor ini menjadikan truffle sangat mahal, ditambah pula dengan jangka hayat kehidupannya pendek dan sukar ditanam secara komersial.
4.Dari segi rasa dan aroma, truffle mempunyai bau kuat dan unik sering digambarkan sebagai 'earthy', nutty, sedikit seperti bawang putih atau keju.

5.Truffle tidak dimasak lama. Sebaliknya, ia diparut nipis di atas makanan panas seperti pasta, risotto, telur atau steak bagi menaikkan aromanya.
6.Penggunaan truffle dalam spageti memberikan tekstur pasta lebih berkrim dan neutral sekali gus memberi sentuhan mewah pada hidangan.
7.Tidak semua produk seperti minyak truffle atau sos truffle menggunakan truffle sebenar, kebanyakannya perisa tambahan.
8.Harga jualan truffle hitam di Malaysia bermula dari RM5,000 hingga RM10,000 sekilogram.
9. Di restoran atau memasak di dapur rumah, biasanya truffle hanya digunakan antara 2g hingga 5g sahaja kerana harganya yang mahal dan rasa yang halus.
10. Truffle dikatakan merupakan antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW.
Dalam konteks sejarah dan budaya di semenanjung Arab, ia dikenali sebagai al-Kama'ah atau Faq'a dan dikutip menggunakan teknik yang bergantung kepada pemahaman mendalam terhadap ekosistem padang pasir.
Pengutip pada zaman dahulu di kawasan sekitar Madinah tidak menggunakan haiwan seperti babi atau anjing seperti yang diamalkan di Eropah sebaliknya mereka bergantung kepada kemahiran 'membaca' permukaan tanah padang pasir.