[V] Dafi fobia berat pernah hampir 100kg, dah kurus orang tuduh bukan-bukan pula
GARA-gara pernah mengalami masalah obesiti dengan berat hampir 100 kilogram (kg), penyanyi Dafi mengakui dirinya sentiasa bimbang jika badannya kembali seperti dahulu.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, disebabkan pengalaman tersebut dia kini fobia untuk mengambil sumber karbohidrat secara berlebihan selain berusaha mengawal pengambilan gula.
Lebih membuatkan penyanyi berusia 38 tahun itu fobia apabila dia terpaksa 'menelan' kata-kata yang keluar dari mulut-mulut jahat tentang dirinya ketika itu.

"Dulu saya pernah 'besar' dengan berat badan 97kg sehingga membuatkan saya fobia.
"Ditambah pula masyarakat kita ada yang bermulut jahat mengata itu dan ini.
"Saya cuba untuk 'cut' terutama karbohidrat, sebab bila saya terlebih makan (karbohidrat), berat saya memang akan naik," ujarnya ketika ditemui Kuali.
Tambah penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini lagi, selepas berjaya menurunkan berat badan, dia berdepan cabaran lain apabila tubuhnya menjadi terlalu kurus sehingga mengundang persepsi negatif orang ramai.
MENARIK DIBACA: Mahu ayam 'butter' cili santan enak tak terkata? Jangan 'tinggal' mentega, daun kunyit
MENARIK DIBACA: Nasi kentut unik dari Medan... Awalnya bau tak enak, harum satu dapur lepas dimasak
Kata anak kepada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, jika mengamalkan diet dia sukar untuk berhenti sehingga badannya menjadi terlalu kurus pula.
"Bila saya mula diet, saya akan ada masalah susah nak berhenti dan akan berterusan.
"Tahu-tahu sampai saya jadi kurus hinggakan orang tuduh saya 'ambil barang'.
" Tapi sekarang, Alhamdulillah keadaan saya semakin stabil, " katanya.