KUALI | Menu Viral

Nasi kentut unik dari Medan... Awalnya bau tak enak, harum satu dapur lepas dimasak

Lead Image

SELAIN kaya dengan budaya, Indonesia juga terkenal dengan aneka makanan enak seperti bakso, seblak, ketoprak, nasi liwet, gudeg dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun terdapat satu lagi kuliner khas negara republik itu yang tak diketahui ramai iaitu nasi kentut yang berasal dari kota Medan, bahagian Sumatera utara, Indonesia.

Walaupun namanya kurang enak didengari, namun nasi kentut memiliki keistimewaan tersendiri terutama dari segi rasa dan bahan yang digunakan.

Hidangan penuh aroma ini akan digaul dengan daun sembukan terlebih dahulu sebelum dibalut dengan daun pisang lalu dibakar,

Memetik laporan dari detik.com, nasi kentut sebenarnya adalah nasi putih yang disajikan bersama aneka lauk pauk.

Sajian ini dipanggil nasi kentut kerana dibungkus menggunakan daun sembukan atau lebih dikenali dengan nama daun kentut.

Meskipun daun sembukan memiliki aroma yang kurang sedap ketika masih mentah, namun daun yang penuh khasiat ini akan mengeluarkan bau wangi dengan rasa khas selepas dimasak.

Selain enak dan harum, nasi kentut turut memiliki pelbagai khasiat seperti membantu melancarkan pencernaan

MENARIK DIBACA: [V] Nourul Depp jatuh cinta dengan sambal matah, suami mat salih tak tahan pedas melampau

MENARIK DIBACA: Geli ada tahi di telur ayam, tapi jangan sesekali basuh dulu sebelum simpan di peti sejuk!

Berikut adalah cara membungkus serta ciri-ciri nasi kentut:

  1. Cuci bersih daun sembukan/daun kentut dan hiris halus atau dibiarkan tanpa dihiris.
  2. Masukkan daun sembukan/daun kentut ke dalam peiuk nasi yang telah dimasak, lalu gaul rata.
  3. Sediakan daun pisang yang sudah dilayurkan atas api supaya tidak mudah terkoyak ketika nasi dibungkus.
  4. Letakkan nasi yang sudah dicampur dengan daun sembukan/daun kentut di atas daun pisang.
  5. Tambahkan lauk seperti ikan bilis, tempe dan sambal, lalu bungkus dengan kemas.
  6. Bakar nasi yang dibungkus tadi di atas bara api agar aroma bau daun sembukan/daun kentut menyerap dalam nasi.
  7. Selepas dibakar, nasi kentut siap untuk disajikan dengan sambal dan lauk pelengkap lainnya seperti ikan atau ayam bakar.
  8. Di Indonesia, nasi kentut dianggap sebagai hidangan untuk masyarakat kerana mengenyangkan serta lengkap dengan pelbagai lauk tambahan.
  9. Harga untuk sebungkus nasi kentut juga dikira cukup murah apabila dijual pada harta sekitar 5,000 Rupiah (RM1.20) hingga 15,000 Rupiah (RM3.56) sebungkus.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Viral

Warna ungu neon makin banyak dalam menu kafe, adakah ube bakal jadi 'next matcha'?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Viral

Kafe tolak pelanggan muka 'ketat', selagi tak senyum tak dibenarkan masuk

Terhangat