KUALI | Bufet

Minum petang penuh budaya, 5 set hidangan pamer keunikan warisan kulinari tempatan

Lead Image

KONSEP minum petang bertemakan warisan tradisi, Chapters of Heritage membawa pengalaman rasa yang cukup menyentuh hati dan jiwa.

Dibawakan khas oleh The LIBRARI, The RuMa Hotel and Residences, sempena meraikan Hari Malaysia, sesi minum petang ini memberi peluang kepada tetamu untuk menghargai warisan kulinari tempatan dengan cara unik dan elegan.

Bukan sahaja mengenyangkan, sesi minum petang ini dibahagikan kepada lima episod istimewa dinamakan The Prelude, membolehkan pelanggan membawa pulang pengalaman luar biasa penuh dengan cita rasa budaya. 

Dari kuih tradisional sehingga pencuci mulut berinspirasikan budaya Peranakan, Cina, dan India memberi pengalaman menjamu selera unik.

Dari kuih tradisional sehingga pencuci mulut berinspirasikan budaya Peranakan, Cina, dan India — setiap hidangan digubah halus dalam bentuk kontemporari memukau selera.

Chapter 1 : Savoury, membuka tirai dengan seleksi makanan klasik minum petang dipadukan dengan sentuhan tempatan, menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti kelapa, pandan, dan gula Melaka. 

Setiap hidangan kecil disusun rapi di atas congkak, memberikan sentuhan klasik yang memikat.

MENARIK DIBACA: [V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!

MENARIK DIBACA: [V] Ranggup di luar, lembut di dalam... Kena cuba kuih cara berlauk goreng

Sementara itu, Chapter 2: Sweet menampilkan pelbagai hidangan kecil yang padat dengan rasa, melambangkan kepelbagaian latar belakang komuniti di Malaysia.

Diikuti oleh Chapter 3: Artisanal Scones, yang menyajikan dua perisa scones — asli dan kismis bersama pilihan kaya buatan sendiri serta jem oren enak dijamu bersama teh premium dipilih khusus untuk melengkapkan sesi minum petang.

Berbeza pula dengan Chapter 4 : The Trolley Delights memperkenalkan sandwic salmon panggang bersama hirisan timun dan sos aioli, sos dengan rasa bawang putih kuat dan popular dalam masakan Perancis dan Sepanyol. 

Barisan coklat dengan perisa laksa, cndol dan kekacang rangup.

Hidangan ini turut disertai quiche bayam, quinoa dan keju feta serta Madeline kopi Tenom yang mempunyai sentuhan fusion membuka selera.

Akhir sekali, Chapter 5: Artisan Chocolate Pralines membawakan tiga pilihan coklat artisanal unik dengan perisa laksa, cendol, dan kacang rangup, menutup pengalaman minum petang dengan keunikan rasa tidak dapat dilupakan.

Untuk menambah keseronokan, pelanggan datang pada hujung minggu boleh menambah pilihan menu Wellington daging atau salmon sebagai hidangan tambahan, atau memilih Grand Volume Set untuk dua orang.

Pilihan menu Wellington daging atau salmon turut dihidangkan pada hujung minggu.

Tetamu yang hadir dengan busana tradisional berpeluang menikmati promosi Double the Indulgence Afternoon Tea Set, tawaran dua dalam satu istimewa tersedia dari 11 September 2025 hingga 10 Oktober 2025.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03-2778 0751.

Lokasi: The LIBRARI, The RuMa Hotel and Residences

Waktu: 2:30 petang – 5:00 petang

Harga: The Prelude set untuk seorang – RM158

            The Grand Volume set untuk dua – RM348, Sabtu dan Ahad sahaja.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Bufet

Port sarapan di Jasin ini memang berbaloi, hanya RM12.90 siap dapat pemandangan padang golf

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Bufet

Dari manok pansuh hingga kek lapis, Serumpun Sarawak hidang sajian autentik Bumi Kenyalang

Terhangat