KUALI | Sajian Warung

[V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!

Lead Image

BUKAN sebarang pancake, souffle pancake iaitu pencuci mulut ikonik dari Jepun ini lain macam gebunya!

Kini tak perlu terbang jauh kerana versi mesra poket bole didapatkan di Abe Ja Souffle Pancake yang terlelatak di Gombak.

Apa yang buat ia lebih menarik, pancake di sini bukan sahaja diolah mengikut selera tempatan malah harga setiap set hanya bawah RM10.

Sos pekat yang ditawarkan tidak terlalu manis dan kena dengan selera rakyat Malaysia.

Teksturnya yang lembut, ringan dan fluffy memang cair dalam mulut, ditambah pula dengan pilihan sos pekat dan cruch topping menarik.

Antara pilihan sos ada tiramisu, matcha, pistachio, strawberry, dark chocolate dan white chocolate.

Setiap set pancake mempunyai pengalaman berbeza:

MENARIK DIBACA: [V] Ranggup di luar, lembut di dalam... Kena cuba kuih cara berlauk goreng

MENARIK DIBACA: AMK Fried Chicken bukan sekadar ayam goreng, kualitinya pula setanding jenama terkenal

Misalnya, sos coklat putih berlemak dipadankan dengan red velvet crunch rangup, memberikan rasa seakan kek red velvet versi lebih ringan.

Gabungan sos tiramisu dan biscoff kaya dengan rasa creamy manis dan kepahitan kopi yang seimbang.

Kombinasi sos pistachio yang tidak terlalu manis ditambah dengan kepingan almond lembut menjadikan pancake terasa eksklusif ala kafe premium.

Terletak di Gombak, gerai ini wajib masuk dalam senarai wishlist anda

Bagi mereka yang tak suka manis berlebihan, golden set adalah pilihan  tepat! Pancake kosong menonjolkan rasa asli dan ringkas.

Tambahan whipped cream geby dan golden syrup yang berikan manis caramel yang tak terlalu menonjol.

Kalau sukakan pencuci mulut kreatif dengan harga murah, Abe Ja Souffle Pancake ini wajib masuk dalam senarai port singgah hujung minggu anda!

Lokasi: ra.re@Gombak, Jalan TIB 3, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: 6 petang - 11.30 malam (setiap hari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

Aiskrim santan resipi tradisional dengan sentuhan moden mengimbau nostalgia!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Patutlah viral! Penggemar matcha gerenti ‘repeat order’

Terhangat