KUALI | Sajian Restoran

AMK Fried Chicken bukan sekadar ayam goreng, kualitinya pula setanding jenama terkenal

Lead Image

AYAM goreng bersalut sos cukup sinonim dengan hidangan Korea Selatan, memandangkan negara itu antara yang terawal mempopularkannya.

Tidak hairanlah, restoran-restoran makanan Korea yang menawarkan sajian sama tumbuh bagai cendawan di negara kita.

Namun, tidak ramai yang tahu sebenarnya ada juga jenama tempatan menyediakan ayam goreng dengan gaya serupa.

Bezanya, rasa ditawarkan lebih dekat dengan selera dan tekak rakyat Malaysia.

Pilihan salutan sos ayam goreng yang unik dan beranek merupakan tarikan utama AMK FC.

AMK Fried Chicken terkenal dengan pilihan chicken wing yang dimasak dengan pelbagai jenis sos menarik seperti sweet chilli, cajun BBQ, mango habanero, gochujang, cheesy dan garlic soy.

Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri - Sweet chilli memberikan rasa pedas manis seimbang manakala Cajun BBQ pula kuat dengan aroma smoky dan rasa berempah yang membangkitkan selera.

Jika mahukan sesuatu yang lebih unik, mango habanero menawarkan kombinasi rasa manis buah mangga pada gigitan pertama sebelum sensasi pedasnya menyusul perlahan-lahan.

Bagi pencinta citarasa Korea, Gochujang pula tampil dengan rasa pedas, masin dan sedikit 'fermented' yang memang kena dengan trend K-food yang digilai ramai.

MENARIK DIBACA: Makan ditemani si bulus, Spring Spring Cafe syurga buat pencinta kucing

MENARIK DIBACA: Saiz ayam besar dan puas makan, harga pula cukup berpatutan 

Untuk mereka yang lebih sukakan sos creamy, cheesy menawarkan rasa pekat dan berkrim yang tidak muak manakala garlic soy pula mempunyai rasa klasik ditambah dengan aroma bawang putih wangi.

Setiap set chicken wing dijual dalam beberapa set iaitu set lima ketul (RM13.90), set 9 ketul (RM23.90) dan 13 ketul (RM30.90).

Selain ayam goreng, AMK FC juga menawarkan menu lain yang tidak kurang menarik.

Misalnya, tortilla wrap dengan inti ayam dan ikan  yang juicy, lebih enak apabila dipadankan dengan sos istimewa AMK yang pedas manis berempah.

Tortilla wrap turut dihidangkan bersama sos istimewa AMK yang pedas berempah.

Untuk hidangan lebih mengenyangkan, terdapat Nasi Lemak Ayam FC dan Nasi Ayam FC.

Sambal nasi lemak di sini pekat, pedas manis dan mempunyai aroma belacan yang wangi – memang serasi dengan ayam goreng rangup.

Berbeza dengan sambal nasi ayam yang lebih sederhana tahap kepedasannya, namun cukup melengkapkan rasa. 

Malah rasa nasi ayam pula kaya dengan aroma herba seperti halia dan bawang putih.

Pelbagai minuman dan pencuci mulut menarik dijual di Kotty Coffee.

Menariknya, di restoran AMK FC turut terdapat Kotty Coffee, sebuah kafe kecil yang menawarkan pelbagai minuman dan pencuci mulut.

Untuk pencuci mulut, croissant mix berries dan croissant mango yang dihidangkan bersama sos coklat manis pekat cukup memikat. 

Tekstur croissant rangup di luar, lembut bermentega di dalam manakala buah beri dan mangga memberikan sentuhan segar yang seimbang dengan coklat.

Untuk pertanyaan, sila hubungi: 011-1018 7127

Lokasi: AMK Fried Chicken, AG-01 Ground Floor, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentuk Pasar, Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 9.00 am - 2 am (setiap hari)

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Restoran

[V] Nasi beriani dimasak dalam buluh tawar selera unik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Restoran

Dari Kopitiam ke 1 Utama: ‘Teh Tarik Nation’ sambung tradisi minuman ikonik Malaysia

Terhangat