Bosan dengan beriani? Cuba Nasi Kambing Uyghur, hidangan unik Ramadan
KALAU ada yang mencari kelainan selera untuk berbuka tapi mahukan nasi dan 'lambshank' ala beriani, boleh cuba menu Nasi Kambing Uyghur.
Mengambil inspirasi dari masyarakat Uyghur, China, set Nasi Kambing Uyghur by Beriani dan Salai menyajikan rasa kaya yang membuatkan setiap suapan penuh nikmat.
Nasi dimasak menggunakan rempah istimewa, membawa kelazatan tersendiri di samping aroma wangi, manis dan sedikit pedas menghangatkan jiwa.

Keistimewaan nasi ini terletak pada campuran bahan-bahan seperti kismis manis, kacang kuda dan hirisan lobak merah menambah dimensi rasa menyegarkan.
Nasinya dimasak dengan tekstur lembap aromatik menjadi pelengkap sempurna untuk lauk utama Lamb Shank Uyghur.

Daging kambing dimasak lembut, penuh dengan rempah perapan, kaya dengan rasa pedas menyengat bersama aroma bijan cukup membuka selera.
MENARIK DIBACA: [V] Sekali gigit terus jatuh cinta! Murtabak Singapore isi tebal, melimpah
MENARIK DIBACA: [V] Macam makan dekat Bali, restoran ini kena masuk ‘list’ kalau ke Putrajaya
Set itu turut didatangkan dalam dua saiz lambshank iaitu M pada harga RM53 dan L RM60 sahaja.

Jika kambing bukan pilihan utama, boleh juga cuba Nasi Ayam Uyghur pasti memenuhi cita rasa ketika berbuka puasa.
Menariknya tentang set ini, pelanggan akan diberikan dua nasi berama acar buah, pastinya beri kepuasan berganda.
NASI Kambing Uyghur by Beriani & Salai
Lokasi: Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam.