KUALI | Trending

Restoran pelayan 'sado' Thai Hot Guys bakal buka di KL? Netizen bengang anggap perosak budaya

Lead Image

SELEPAS hanya sembilan tahun, restoran viral Thai Hot Guys bakal menghentikan operasinya pada 31 Julai ini.

Pemiliknya iaitu Dee Wow menjelaskan restoran itu terpaksa ditutup susulan kontrak sewa premis tamat.

"Sembilan tahun di Huamum Night Market adalah sesuatu yang sukar dipercayai.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong kami. Kami ada perancangan lebih besar dan sedang mencari lokasi lebih baik," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dee Wow berkongsi hasrat tersebut menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Thai Hot Guys mencuri tumpuan ramai apabila menampilkan barisan pelayan lelaki bertubuh sasa dan kacak.

Penampilan dan aksi mereka menjadi daya tarikan utama restoran tersebut.

Mereka juga menghiburkan pelanggan dengan aksi tarian yang mengghairahkan sambil hanya mengenakan apron tanpa baju.

Malah ada di antara mereka memakai baju tidur wanita dengan aksi menggoda ketika melayan pelanggan.

MENARIK DIBACA: Tak boleh telan matcha sebab rasa macam rumput, gyokuro pula lebih manis dan lembut 

MENARIK DIBACA: ‘Mola-mola’ hanya buat video masak, sekarang Kakcik Yah sibuk reviu makanan... Ada sanggup datang rumah hantar produk! 

Apa mencuri perhatian, dalam hantaran sama Dee Wow memberitahu sedang mencari lokasi di Kuala Lumpur sebagai tarikan terbaharu Thai Hot Guys.

"Kami ada berita baik. Kami sedang mencari lokasi di Kuala Lumpur dan bakal membuka rangkaian di sana," ujarnya.

Bagaimanapun idea itu mendapat bantahan masyarakat di negara ini yang meluahkan rasa kurang senang terhadap rancangan tersebut.

Rata-rata menganggap konsep diketengahkan restoran itu tidak sesuai dengan nilai budaya dan sensitiviti agama di negara ini.

Konsep pelayan lelaki bertubuh sasa mencuri perhatian ramai.

"Tak sampai seminggu buka mesti akan kena serbu dengan Jakim.

"Saya rasa kita tak patut benarkan konsep restoran sebegini wujud di dalam Malaysia. Tolong jangan normalisasikan perkara tidak bermoral.

"Tolong jangan rosakkan budaya rakyat Malaysia, majoriti masyarakat di sini pun beragama Islam," antara komen netizen.

Dee Wow berkongsi perkara itu dalam hantaran lain.

Sedar mengenai kebimbangan itu, Dee Wow dalam hantaran lain menegaskan konsep yang bakal dibawakan ke Kuala Lumpur berbeza dengan operasi mereka sebelum ini.

Sebaliknya, fokus mereka tertumpu untuk menyajikan hidangan Thai berkualiti tinggi yang mampu memenuhi cita rasa pelanggan tempatan.

"Kami langsung tiada niat untuk buat konsep 'menari' di Kuala Lumpur walaupun ia cukup sinonim dan digemari oleh semua pengunjung di Bangkok.

"Kami sangat hormati budaya Malaysia, jadi jangan risau...kami tak akan lakukan apa-apa yang akan jejaskan nama kami dan Malaysia," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Wanita Rusia pelik rakyat Malaysia tak minum santan mentah, katanya rahsia kulit flawless dan otak jadi fokus

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Secawan kopi serendah RM6, ini 5 port kafe harga bajet

Terhangat