KUALI | Trending

Byakuya aiskrim paling mahal di dunia, dihiasi emas 24 karat berharga RM28,000 

Lead Image

JIKA anda fikir aiskrim hanyalah hidangan pencuci mulut biasa, anda mungkin silap!

Sebuah jenama aiskrim mewah dari Jepun iaitu Cellato menghasilkan menu aiskrim paling ekslusif dan mahal dikenali sebagai Byakuya.

Apa menjadikan Byakuya luar biasa kerana harganya tidak masuk akal iaitu mencecah RM28,000 (¥880,000) untuk satu hidangan!

Aiskrim diperbuat dengan bahan-bahan premium dan mewah.

Aiskrim tersebut turut mencatat rekod Guinness World Records sebagai aiskrim paling mahal di dunia kerana menggunakan hiasan serpihan emas 24 karat sebagai topping.

Byakuya diperbuat daripada bahan-bahan premium seperti truffle putih dari Itali, keju Parmigiano-Reggiano, dan campuran sake Jepun, menjadikannya antara pencuci mulut paling eksklusif pernah dihasilkan.

Lebih istimewa, sudu khas yang digunakan direka dengan ukiran tangan bertemakan corak kuil tradisional Jepun simbolik kepada warisan dan seni halus negara itu.

MENARIK DIBACA: Wujud sejak zaman pemerintahan Uthmaniah, Shawarma dari Lebanon sandwic terbaik di dunia

MENARIK DIBACA: Sakit tak baik-baik, doktor kongsi kebaikan kunyah bunga cengkih legakan batuk

Perpaduan tekstur yang halus, bau truffle yang eksotik serta hiasan emas meletakkan Byakuya dalam kelas tersendiri sebagai dunia kulinari.

Tidak dijual di mana-mana kedai biasa, Byakuya hanya boleh ditempah secara eksklusif oleh pelanggan tertentu yang ingin merasai kemewahan dalam setiap suapan.

Sebelum ini, mereka pernah memperkenalkan ais krim edisi terhad bernama Spring Thunder yang dijual pada harga sekitar RM4,000 untuk satu hidangan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Hidayah Limau Nipis guna tripod kayu rakam video pertama, kongsi pahit manis 10 tahun sebagai content creator... Rupanya pernah bergelar jurutera

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Jangan takut berlapar di luar negara, banyak tip cari makanan halal

Terhangat