KUALI | Trending

Kalau suka makan manis penyayang orangnya, ini 6 kategori makanan ‘cermin’ personaliti anda

Lead Image

SESETENGAH individu suka makan manis, tapi ada pula tak boleh hidup tanpa makanan pedas.

Sebenarnya, pilihan makanan kita bukan sekadar soal rasa ia juga mencerminkan karakter individu.

Cara memilih makanan, rasa digemari dan waktu makan semuanya berkait rapat dengan personaliti, emosi dan gaya hidup.

Meskipun bukan diagnosis rasmi, terdapat kajian psikologi mendapati bahawa makanan kegemaran seseorang berkait rapat dengan karakter, emosi, corak pemikiran dan gaya hidup.

Jika anda memilih makanan manis anda dianggap peramah dan mudah mesra.

1. Manis di mulut, manis juga di hati

Jika anda penggemar makanan manis, seperti coklat, kek atau ais krim kemungkinan anda seorang penyayang, penyabar dan suka membahagiakan orang lain.

Menurut kajian dari Universiti Southern California, Amerika Syarikat individu sukakan makanan manis cenderung lebih mesra dan mudah didekati. 

Mereka juga jenis mencari keselesaan emosi melalui rasa nostalgia atau ganjaran kecil.

MENARIK DIBACA: Tempoyak sajian kampung setanding blue cheese dan miso

MENARIK DIBACA: Durian bukan ‘superfood’, pesakit diabetes jangan jadikan alasan makan sampai lupa diri

2. Peminat makanan pedas, berani dan ekstrovert 

Jika menggemari sajian pedas, anda dianggap seorang yang aktif.

Individu sukakan makanan pedas seperti sambal, tomyam atau kari selalunya tergolong dalam kumpulan berani, aktif dan suka mencuba sesuatu mencabar.

Menurut kajian dari Penn State University, pencinta makanan pedas biasanya lebih terbuka dengan pengalaman baru dan mempunyai tahap keberanian yang tinggi dan dikaitkan dengan personaliti ekstrovert dan bertenaga.

Pengambilan salad bukan sekadar bermanfaat tetapi menjadi seseorang itu disiplin.

3. Individu suka salad memiliki disiplin tinggi

Kalau pilihan lebih kepada salad, jus detoks atau bijirin penuh dan menyihatkan, anda dianggap  berdisiplin, analitik dan suka mengawal situasi.

Golongan itu biasanya sangat peduli tentang kesihatan dan masa hadapan malah dilihat sebagai tenang serta fokus dalam hidup.

Ramai wanita menggemari makanan segera.

4. Penggemar makanan segera lebih spontan dan praktikal 

Jika burger atau kentang goreng pilihan tetap, anda dilihat sebagai individu suka keselesaan, spontan dan menyeronokkan.

Ada kala, personaliti itu dilabel sebagai pemalas kerana anda suka perkara santai dan ringkas. 

Hidup sudah cukup tertekan dan bagi anda biarlah gembira dengan cerita sendiri. 

Pencinta kopi selalunya dikaitkan dengan karakter fokus namun beremosi.

5. Pencinta kopi, fokus tapi beremosi

Pencinta kopi mungkin seorang yang berwawasan, fokus dan produktif tapi memerlukan waktu sendiri untuk kembali bertenga. 

Kajian dari Universiti Brown, Amerika Syarikat mendapati peminum kopi tegar biasanya lebih berdikari, bijak mengurus masa tapi boleh jadi emosi bila penat.

Individu menggemari sajian tradisional dianggap setia.

6. Makanan tradisional lambang personaliti setia 

Kalau anda masih memilih nasi lemak, rendang, sambal belacan atau asam pedas berbanding makanan Barat  anda seorang setia dan menghargai nilai budaya.

Individu seperti anda selalu ingat asal usul, pentingkan keluarga dan tak cepat terpengaruh dengan trend dan itu membuatkan anda istimewa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Asyik kejar views, sampai melayang nyawa... 5 ‘mukbangers’ popular ini maut akibat makan berlebihan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Wanita fasih berbahasa Mandarin jual asam pedas buat ramai kagum, jadi jambatan merapatkan bangsa dan budaya

Terhangat