Wanita kempunan nak makan keropok lekor, katak tiba-tiba lompat masuk dalam kuali panas
AKTIVITI memasak boleh jadi menyeronokkan tetapi banyak hal tak terduga juga boleh berlaku di dapur!
Tragedi biasa seperti jari terhiris pisau tajam atau tangan melecur sebab terkena minyak panas ketika menggoreng ikan.
Sebenarnya banyak lagi kejadian malang lain yang mungkin tidak pernah anda terfikir boleh berlaku ketika sedang memasak – tapi boleh berlaku!
Ini juga yang berlaku kepada seorang wanita dikenali sebagai Munirah Mohamad apabila seekor katak melompat masuk ke dalam kuali ketika dia sedang memasak.

Menerusi perkongsian di Threads @mm_munirah miliknya, Munirah berkongsi ketika kejadian dia sedang asyik menggoreng keropok lekor sebelum binatang dipercayai katak pisang itu tiba-tiba 'menerjun' masuk ke dalam kualinya.
"Kita goreng kopok (keropok), tiba-tiba katak datang melompat masuk (dalam kuali). Nak berenang la konon-kononya.
"Kan dah arwah. Jadilah kau katak goreng. Sebab inilah c'unie (Munirah) takut katak pisang sebab dia suka melompat tinggi tak tentu arah," kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa geli dengan kejadian tersebut, malah tidak kurang juga yang pernah mengalami insiden hampir serupa.
Malah rata-rata pengikutnya mendakwa akan membuang kuali yang telah digunakan jika berlaku kejadian seumpama itu.
MENARIK DIBACA: Masak nasi memang tak susah, tapi ikut petua ini agar hasilnya lembut dan gebu
MENARIK DIBACA: Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak
"Pernah jadi macam ni, tapi cicak. Tengah masak sayur tiba-tiba cicak di dinding terjun dalam kuali. Dengan sudip, kuali semua aku buang.
“Biarlah kuali jenama Tefal ke Dessini ke, memang aku buang,” ujarnya.
Bagaimanapun, menerusi salah satu komen yang ditinggalkan, Munirah berkata dia tidak membuang kuali dan sudip tersebut kerana boleh dibasuh dan diguna semula.
"Akak tak buang sebab benda boleh basuh. Kenapa nak buang?" jelasnya.
Agak-agaknya kalau jadi perkara serupa pada korang macam mana?