KUALI | Trending

RM100 dari bantuan MyKasih digunakan sebagai modal Brownies Bite, tak sangka dapat sambutan sampai viral

Lead Image

TINDAKAN bijak seorang anak gadis menggunakan RM100 dari bantuan MyKasih menjadi peluang lumayan apabila Brownies Bite dijual mendapat sambutan. 

Menerusi perkongsian ibunya juga pengguna Threads, farraheeda, anaknya itu tidak menunggu lama dengan menggunakan duit bantuan diterima sebagai modal kecil-kecilan menjual pemanis mulut sempena cuti semester.

Kongsi ibu itu, dirinya hanya menuruti hasrat anak gadisnya untuk menjual Brownies Bite sebagai kerana pemanis mulut itu lebih comel dan mudah untuk dicuba. 

Kek batik dijual mendapat perhatian.

“Tak sangka, brownies tu terus dapat sambutan sampai viral!

“Jujur, ketika saya membuat posting fasal bantuan MyKasih, langsung tak ada niat lain. Sekadar berkongsi dan tiba-tiba jadi viral.

“Ramai mula mesej, nak buat pesanan kek batik dan brownies anak saya sehingga habis terjual,” sambung ibu itu sebelum ini tempahan brownies diterima dari kawan-kawan dan jiran.

Kongsinya lagi, brownies dihasilkan anak perempuannya itu turut mendapat maklum balas positif dari salah seorang pelanggan Bagan Datuk, Perak.

MENARIK DIBACA: Terliur kalau tengok dalam K-drama, rupanya Jajangmyeon dan kimbap antara 6 makanan ikonik bukan asal Korea

MENARIK DIBACA: [V] Bahan masak mesra poket, ini 6 item wajib 'grab' kalau masuk kedai RM2

“Anak saya lebih yakin teruskan membuat kek dan brownies.

“Terima kasih kepada semua memberi sokongan, ulang siar (repost) dan beri kata semangat.

“Untuk mereka sedang bertarung dalam kehidupan dan bisnes, saya faham perasaan dilalui dan sama- sama kita usaha, semoga urusan kita dipermudahkan, ujarnya.

Netizen menyokong langkah gadis ini memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Ibu itu memberitahu brownies dan kek turut dihantar sendiri di sekitar kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih, Selangor.

Rata-rata komen netizen memberikan maklum balas positif dengan tindakan bijak anak gadis itu memulakan perniagaan kecil-kecilan. 

“Macam-macam cara nak manfaat SARA RM100. Harap ini beri inspirasi,” antara komen diberi warga maya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Keropok lekor antara 3 snek masuk senarai worst-rated dunia, roti jala pula dianggap hambar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ambil tahu 6 istilah makanan Jepun ini serta maksudnya

Terhangat