KUALI | Trending

KULinary Award iktiraf 11 pengusaha makanan di KLIA, Jibby Chow menang Restoran Tempatan Terbaik

Lead Image

RESTORAN Jibby Chow, berjaya mencipta nama sebagai restoran terbaik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas merangkul dua kategori dalam KULinary Awards 2025 pada malam Khamis. 

Rangkaian restoran itu menerima trofi kemenangan menerusi kategori Best Local Restaurant dan Best Overall – Local dalam anugerah dianjurkan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), bertujuan untuk mengiktiraf kualiti dan inovasi dalam bidang makanan di lapangan terbang utama negara.

Pengurus Besar SSP Malaysia, Dhany Sugianto berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan elemen budaya serta citarasa tempatan dalam setiap hidangan yang disajikan. 

Acara KULinary Awards itu berlangsung di KLIA 1 pada malam Khamis.

“Kami sentiasa menekankan elemen citarasa Malaysia dalam setiap hidangan walaupun restoran ini menyajikan masakan tradisional Cina. 

“Apa yang ingin kami bawa bukan sekadar makanan tetapi pengalaman yang menyatukan orang ramai melalui rasa hebat sambil memperkenalkan keunikan masakan Malaysia.

“Salah satu hidangan yang paling mendapat sambutan ialah peking duck, ia merupakan antara menu kegemaran pelanggan dan menjadi salah satu hidangan signature kami,” katanya.

Pengurus Besar SSP Malaysia, Dhany Sugianto berkata, Jibby Chow sentiasa mengekalkan elemen dan citarasa Malaysia walaupun menyajikan makanan tradisional Cina.

Berkongsi perkara itu, Dhany yang berbangga dengan pencapaian tersebut berkata rahsia mengekalkan kualiti di Jibby Chow terletak pada latihan staf konsisten serta penjajaran jenama kukuh.

“Sebagai rakan kongsi bersama Jibby Chow dan Serai Group, kami percaya pada kekuatan kerjasama dan sentiasa menitikberatkan latihan kepada pekerja.

MENARIK DIBACA: Letak cili kering pun tak jalan, kutu beras tetap ada! Cuba daun kari dan limau purut pula

MENARIK DIBACA: 'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus

“Apa-apa tindakan dibuat bersama dalam pasukan bagi memastikan pematuhan SOP dan pelaksanaan yang terbaik,” jelasnya.

Menerusi acara itu, sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan antaranya adalah Best Fast Food Outlet dimenangi oleh Taco Bell manakala DIN by Din Tai Fung pula diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Best International Restaurant.

Seramai 11 pengusaha makanan berjaya memenangi 13 kategori dalam KULinary Awards 2025.

Dalam kategori minuman, ZUS Coffee pula sebagai Best Local Coffee Brand, manakala jenama antarabangsa illycaffè memenangi kategori Best International Coffee Brand.

Untuk kategori Grab & Go - Food, Subway menerima anugerah itu sementara Boost Juice dipilih sebagai pemenang untuk Best Grab & Go – Beverage.

Sementara itu, kategori Best Local Cafe dimenangi oleh Singgah manakala Paul Le Café merangkul gelaran Best International Cafe.

DIN by Din Tai Fung turut diiktiraf menerusi kemenangan dalam kategori Best Overall – International.

Selain itu, Asia Street Cooking diumumkan sebagai penerima Best Outstanding Service Award manakala Kitchen by Open House meraih kemenangan bagi kategori Best Ambience.

KULinary mula diperkenalkan pada 2016 dan hampir sedekad kemudian ia terus menjadi platform untuk menampilkan pengalaman kulinari terbaik di KLIA.

Inisiatif ini bukan sahaja mengetengahkan kecemerlangan kulinari dalam kepelbagaian makanan, kualiti dan nilai malah memotivasi outlet untuk terus meningkatkan tahap perkhidmatan  agar  pengunjung dapat menikmati pengalaman makan yang luar biasa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Dari makmal forensik ke dapur... Minat masak Shafiq Cute lahir sebab tanggungjawab, kari menu pertama buat keluarga

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Sate Malaysia laku keras di Nanjing... 1,500 cucuk habis terjual dalam masa sejam, baju Melayu peniaga turut jadi tumpuan pelanggan

Terhangat