Wanita putus selera dapat ‘onion ring’ kecut, minta penjual ikhlas berniaga
PASTI ada di antara kita pernah mengalami situasi makanan yang dibeli tidak seperti diiklankan peniaga atau pun rasanya tidak sedap.
Lebih membuatkan hati membara apabila makanan dijual itu mahal dan tidak sepadan dengan kualiti dibayar.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita iaitu @esyaerisya meluakan rasa kecewa apabila hidangan onion ring yang dibeli langsung tidak menyelerakan.

"Semalam teringin nak makan onion ring.
"Bungkus bawa balik, bila nak makan terkejut tengok rupa onion ring. Tergamak betul," luahnya.
Menerusi gambar dikongsikan di Threads, bawang yang sepatutnya dicelup tepung dan disalut dengan serbuk roti sebelum digoreng kelihatan kecut.
MENARIK DIBACA: Bawang putih kisar bertukar hijau... Jangan panik, ini punca sebenarnya
MENARIK DIBACA: Mudah, selamat dan berkesan... Jus 3 bahan ini bantu atasi perut buncit
Bukan sahaja hancur, bawang Holland yang digunakan juga kelihatan tidak segar dan berminyak.
Kecewa dengan makanan tersebut, wanita itu meminta peniaga supaya berniaga dengan ikhlas dan bukannya memperdaya pelanggan dengan makanan asal boleh.
"Berniagalah dengan ikhlas, bukan 'cincai-cincai' macam ni," katanya menerusi hantaran yang dikongsikan dalam kumpulan komuniti Jerantut di Threads.

Luahan kecewa wanita itu turut mendapat reaksi netizen yang bersetuju onion ring tersebut tidak layak dimakan.
Malah ramai meluahkan rasa marah dan kesal terhadap tindakan peniaga yang disifatkan sebagai tidak jujur dan hanya mengejar keuntungan.
"Tergamak jual macam ni. Tak baik! Sakit hati betul beli makanan dapat macam ni. Memang tergamak," antara luahan netizen.