KUALI | Trending

Ramai ingat hirisan sotong, rupanya taburan atas takoyaki adalah sejenis ikan! Proses penghasilannya ambil masa 6 bulan

Lead Image

PASTI ramai tertanya-tanya, setiap kali membeli takoyaki pasti ada taburan nipis berwarna coklat lembut sebagai pelengkap hidangan.

Ramai menyangka ia hirisan sotong kering yang dihiris nipis-nipis yang ditabur di atas takoyaki sebagai penambah perasa.

Ia akan bergerak-gerak seolah-olah sedang 'menari' kerana begitu nipis namun mempunyai rasa yang agak kuat.

Hakikatnya, itu bukan hirisan sotong sebaliknya dikenali sebagai katsuobushi, iaitu serpihan ikan bonito yang diproses secara tradisional di Jepun dan sarat nilai warisan budaya.

Katsuobushi biasanya dijadikan hiasan di atas takoyaki.

Ikan bonito, yang hampir menyerupai tuna, melalui proses yang sangat teliti sebelum menjadi katsuobushi. Ia dibersihkan, direbus dan kemudian diasap berulang kali selama beberapa minggu.

Selepas itu, ikan tersebut dikeringkan dan diperam sehingga menjadi keras seperti kayu.

Proses panjang ini bertujuan menyingkirkan hampir keseluruhan kandungan air dalam ikan, sekali gus menghasilkan tekstur yang padat dan tahan lama.

MENARIK DIBACA : Tak sangka! 3 hidangan mewah ini pernah jadi makanan ‘marhaen’

MENARIK DIBACA : Blue matcha minuman biru daripada bunga telang, tanpa kafein tapi kaya antioksidan

Untuk menghasilkan katsuobushi berkualiti tinggi, tempohnya boleh mencecah sehingga enam bulan.

Bayangkan, dari seekor ikan biasa di laut, ia berubah menjadi blok keras yang perlu diparut menggunakan alat khas bagi menghasilkan kepingan yang sangat nipis dan ringan seperti helaian kertas.

Apabila kepingan katsuobushi diletakkan di atas takoyaki panas, wap yang naik dari bebola tepung itu akan memanaskan serpihan tersebut.

Haba dan arus udara panas membuatkan kepingan nipis itu bergerak-gerak, mencipta ilusi optik seolah-olah ia hidup dan menari.

Katsuobushi mempunyai rasa mirip seperti sotong kering.

Di situlah terletaknya daya tarikan unik yang membuatkan ramai terpukau, terutama bagi mereka yang pertama kali melihatnya.

Selain mencuri perhatian dari segi visual, katsuobushi sebenarnya memainkan peranan besar dalam memberikan rasa umami yang kaya dan kompleks.

Setiap gigitan takoyaki bukan sahaja lembut dan berkrim di bahagian dalam, malah diselaputi rasa masin-manis yang mendalam hasil daripada serpihan ikan kering ini.

Gabungan warna coklat keperangan dan teksturnya yang berlapis-lapis membuatkan ia mudah disalah anggap sebagai sotong, tambahan pula takoyaki sememangnya sinonim dengan sotong.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Influencer maut lepas buat 'konten' makan ketam beracun, tangkap di hutan bakau

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Roti canai dilabel makanan kasta rendah, lelaki hilang selera dengar alasan bos

Terhangat