Wanita kagum fungsi plastik 'double ziplock'! Sayur tahan lama, jangan langgar tip ini untuk hasil terbaik
SAMA ada dibalut dengan surat khabar atau simpan dalam bekas kedap udara, hasilnya tetap mengecewakan apabila sayur yang baru dibeli cepat bertukar kuning dan rosak sebelum sempat dimasak.
Ada yang mencuba petua dengan meletakkan tisu dapur dalam bekas simpanan, hasilnya sama sahaja, sayur tetap layu!
Masalah sama turut dialami seorang wanita dikenali sebagai Ain Natasha, sehinggalah dia menemui kaedah yang dianggap ‘game changer’ dalam rutin dapurnya.

Di laman Thread, Ain Natasha berkongsi keterujaannya sehingga terpanggil untuk berkongsi tip mudah menyimpan sayur hanya menggunakan plastik 'double ziplock' untuk memastikan bahan ini kekal segar lebih lama.
Katanya, sebelum ini dia sering buntu kerana berdepan dengan masalah sayur cepat rosak dan bertukar warna walaupun disimpan dalam peti sejuk.
MENARIK DIBACA: Nampak bersih tapi banyak kuman, ada tip cuci lesung batu
MENARIK DIBACA: Elok makan telur kalau kena bisul, bukan penyebab jangkitan lambat sembuh
Namun selepas menggunakan beg plastik 'double ziplock', sayur brokoli dibelinya mampu bertahan sehingga dua minggu.
“Setakat ini, brokoli disimpan tahan sampai dua minggu, tak rosak, tak kuning,” tulisnya, kagum dan teruja.
Menurut wanita ini, sebelum meletakkanya dalam plastik, dia memotong sayur tersebut kepada saiz kecil terlebih dahulu tanpa membasuhnya.

Tambah Ain Natasha, teknik penyimpanan memainkan peranan penting dan sayur perlu kering sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam beg 'double ziplock'.
Lebihan udara di dalam plastik juga perlu ditekan keluar sebelum ditutup rapat bagi mengurangkan kelembapan.

Menjawab pertanyaan netizen mengenai ruang simpanan di peti ais, dia memberitahu hanya menyimpannya di ruang biasa, bukannya di bahagian sejuk beku.
Tambahnya lagi, beg plastik yang telah digunakan boleh digunakan semula jika masih elok.
Hanya basuh dan keringkannya, sekali gus membantu dalam menjimatkan wang!

Menariknya, kaedah sama juga boleh digunakan untuk bahan mentah lain seperti ayam.
Perkongsian ini turut diperakui netizen lain yang telah mencuba keadah simpanan menggunakan 'double zip lock'.
"Betul, lagi tahan lama simpan dalam ziplock. Jimat duit tak perlu buang macam sebelum ini.
"Memang menjadi tip ini, tomato dan lobak merah tahan dalam simpanan selama sebulan.
"Saya juga guna cara sama malah ayam pun disimpan mengikut bahagian dalam beg double zip lock, lebih mudah," antara komen warga maya.
