KUALI | Trending

Tak bosan makan rendang nasib, ada 4 rasa dan tekstur daging dalam satu sajian

Lead Image

NEGERI Sembilan antara negeri cukup terkenal dengan pelbagai jenis rendang yang mempunyai rasa dan keunikan tersendiri.

Bukan sahaja rendang daging atau ayam, malah ada juga variasi yang mungkin jarang didengar oleh masyarakat luar.

Seperti perkongsian pengguna Threads dikenali sebagai Natasha, dia menceritakan tentang hidangan tradisional dikenali sebagai 'rendang nasib' yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan.

Menurut individu berkenaan, dia pernah bertanya kepada arwah ibunya tentang asal-usul nama rendang tersebut.

Rendang Nasib antara menu rendang jarang didengar.

“Saya pernah tanya arwah mak kenapa namanya rendang nasib. Mak jawab, bila makan tu ikut nasib… ada masa tergigit daging, ada masa dapat paru, kadang-kadang limpa atau hati.

“Mak kata sebab tu orang panggil 4 dalam 1 dalam satu rendang,” kongsinya.

Tambahnya lagi, ketika kecil dia sebenarnya kurang menggemari hidangan tersebut kerana terdiri daripada campuran pelbagai bahagian organ dalam satu masakan.

MENARIK DIBACA: Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak

MENARIK DIBACA: Quesillo mula jadi pilihan, ada beza dengan puding karamel

Namun begitu, ibunya tetap menyediakan rendang itu setiap kali sambutan Hari Raya.

"Dulu saya tak suka, tapi mak tetap masak setiap kali raya. Lama-lama saya pula jatuh hati. Lagi sedap daripada rendang daging," tulisnya.

Dia turut berkongsi kenangan manis ketika sering menemani ibunya ke pasar sejak kecil untuk membeli bahan-bahan masakan.

"Memang memori manis dengan mak pergi pasar. Sejak kecil lagi, setiap malam saya akan tanya dia, esok mak pergi pasar tak? Kalau pergi kejutkan saya sebab nak ikut. 

Wanita ini berkongsi pengalaman mengenai keenakan rasa Rendang Nasib.

"Saya memang suka pergi pasar," katanya lagi.

Kini, dia meneruskan tradisi keluarga dengan menyediakan rendang nasib setiap tahun dan menjual rendanwalaupun menetap di Shah Alam.

Malah menurutnya, hidangan itu semakin sedap apabila dipanaskan semula kerana tekstur daging dan organ yang pelbagai menjadikan rasanya lebih menarik.

"Dia (rendang) tak 'boring' sebab macam-macam tekstur ada. Lagi kerap dipanaskan lagi sedap," kongsinya sambil memberitahu tempahan rendang tahun ini sudah pun penuh dan akan disambung selepas raya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Adik beradik nak makan sedap masa raya, tapi 'liat' hulur duit beli barang? Cara ini mungkin membantu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Cari segera 2 minuman ini jika seseorang terkena strok haba

Terhangat