Makanan menyedihkan, mahal, servis 'ke laut'! Kecewa makan kedai tepi pantai di Terengganu
KALAU berkunjung ke Pantai Timur, hidangan berasaskan celup tepung antara menu wajib dicuba.
Bagaimanapun seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menikmati hidangan itu di sebuah kedai makan di Pantai Penarik, Terengganu.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu meminta orang ramai khususnya pelancong luar agar lebih berhati-hati apabila memilih kedai makan supaya tidak berdepan nasib sama seperti dirinya.
"Guyss, tolong viral kedai tak bertanggungjawab macam ni. Sangat kecewa. Tolong perbaiki kekurangan. Tak berkat berniaga macam ni.

"Nasi goreng USA macam budak yang buat," luahnya, kecewa.
Lebih 'parah', dia turut mendakwa perkhidmatan di kedai berkenaan juga sangat perlahan apabila nasi putih dan teh ais yang dipesan mengambil masa sehingga satu jam untuk dihantar ke mejanya.
MENARIK DIBACA: Azizul Ammar tak cerewet bab makan, sardin dan telur kicap pun dah cukup!
MENARIK DIBACA: Cari segera 2 minuman ini jika seseorang terkena strok haba
Wanita itu mendakwa dia dikenakan bayaran RM81 bagi dua ekor sotong celup tepung namun hidangan diterima langsung tidak setimpal dengan harga.
"Kat papan tanda harga tulis seekor RM40 kalau saya tak silap. Saya ambil dua ekor, tapi bila dihidang rupanya macam tu.

"Isu bukan harga saja, tapi rasa dan perkhidmatan terlalu lambat,” ujarnya lagi.
Kongsi wanita itu lagi, pengalaman sebegini wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan buat dirinya sendiri dan orang lain.

"Memang pengajaran untuk kami sebagai orang luar sebab tempat tepi laut tak semestinya celup tepung segar dan lain-lain.
"Sedihnya, rugi tau sebab pemandangan cantik sangat, Subhanallah. Dengan angin sejuk je, tapi pemilik kedai makan tak berniaga betul-betul," katanya.
Sementara itu, warga maya turut terkesan dengan perkongsian wanita itu dan mencadangkan supaya dia mencuba kedai makan lain yang lebih baik jika berkesempatan bercuti di negeri itu.

"Maaf tapi tak ada satu pun makanan awak ambil tu nampak menyelerakan. Keropok macam dah goreng banyak kali, rupa ikan tu kenapa sedih sangat?
"Saya baru makan dekat kawasan lapangan terbang dua hari lepas. Memang kalau datang Terengganu akan makan di sini.
"Saya pun pergi kedai ni hari Selasa lepas dan terima pengalaman buruk dengan kedai ni. Perkhidmatan memang teruk. Saya dah beratur lama dalam 20 minit dengan ibu saya boleh pula dia (pekerja kedai) pergi ambil pesanan orang potong barisan.
"Hi orang tempatan (Terengganu) sini. Celup tepung kawasan Pantai Penarik, Hasnik je yang asli turun temurun. Masak guna dapur kayu. Kedai wujud sejak saya tadika lagi," antara komen netizen.
