KUALI | Trending

Umur 60 tahun masih cun macam anak dara, Sasha Aziz kongsi amalan pemakanan ibu

Lead Image

PEMPENGARUH dan usahawan, Sasha Aziz meraih perhatian ketika dia berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan di kediaman keluarganya.

Dalam video yang dikongsikan oleh bekas pramugari itu, Sasha, 35, dilihat sempat mengusik ibunya yang kelihatan anggun menggayakan kebaya nyonya berwarna hijau sebaik tiba di majlis tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen apabila dia mendedahkan ibunya kini sudah mencecah usia 60 tahun.

Wanita ini mendedahkan rahsia awet muda ibunya iaitu tidak makan nasi dan laksa.

"Hari ini kita beraya di rumah mak saya.

"Itu mak saya, lawanya ibu berkebaya nyonya. Wow!

"Kongsilah tip ibu nampak cantik di usia 60 tahun," ujar Sasha.

MENARIK DIBACA: Minum air sejuk ketika musim panas punca salur darah pecah... Fakta atau mitos?

MENARIK DIBACA: Anak buntu ibu sering anggap makanan rosak masih elok - "Daging busuk dia buat rendang"

Pendedahan usia sebenar ibunya itu ternyata mengejutkan netizen yang seolah-olah tidak percaya umur wanita berkenaan telah melepasi angka separuh abad.

Ibunya kelihatan begitu muda dengan wajah dan potongan badannya langsing persis wanita usia 30-an.

Kata Sasha, ibunya memang sangat menjaga bentuk tubuh dan kecantikan dengan mengamalkan diet, selain tidak makan nasi dan laksa.

Ramai tidak percaya wanita dengan potongan pinggang ramping dengan wajah persis wanita di usia 30-an ini telah pun mencecah umur 60 tahun.

"Ibu diet, dia masak tapi tak makan nasi. Ibu juga tak makan laksa," katanya.

Di ruangan komen, ramai pengikutnya termasuk selebriti menyatakan kekaguman melihat ibunya yang ceria dan berseri-seri.

"Tak percaya usia ibu awak 60 tahun. Dia sangat cantik!" kongsi pelakon Catriona Ross.

"Usia 60 tahun? Okay esok saya nak mula diet.

"Seriuslah usia mak 60 tahun? Cantiknya!" antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

5 menu bajet pilihan rakyat Malaysia ketika poket kering, kenyang tanpa belanja besar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Aiskrim 'rasa Malaysia' di Inside Scoop, makan sambil mengembara seluruh pelosok negara

Terhangat