KUALI | Trending

Mengarut! Ibu bapa 'seram' tengok aneka jajan pelik jual dekat sekolah anak

Lead Image

KEBANYAKAN ibu bapa pasti sedar kini terdapat banyak jenis 'jajan' (snek) yang dijual di luar kawasan sekolah.

Penjualan makanan ringan dengan bentuk pelik sudah tentu lebih mencuri perhatian murid berbanding snek biasa sehingga ibu bapa naik risau memikirkan bahan digunakan serta tahap keselamatannya.

Perkara ini dikongsikan seorang wanita di laman Threads yang meluahkan kebimbangan selepas menemui gula-gula mencurigakan yang dibeli anaknya di luar kawasan sekolah, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan ibu bapa di media sosial.

Menerusi perkongsiannya, wanita berkenaan terkejut melihat bentuk dua 'jajan' dibeli anaknya yang didakwa mirip kutu babi dan bola tenis.

"Allahu apa jenis jajan luar sekolah anak aku beli ni? Seram tengok makanan diaorang. Dah pesan berkali-kali, tapi biasalah kanak-kanak tetap begitu," luahnya.

Antara komen netizen di laman Threads.

Tambahnya lagi, dia menemui pembungkus gula-gula berbentuk kutu babi itu di dalam beg sekolah anak ketika mengemas dan mendapat tahu ia adalah 'blackpink candy', namun tetap berasa risau apabila memikirkan adakah ia selamat.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, terutamanya ibu bapa yang turut berkongsi kebimbangan sama.

Seorang wanita menunjukkan gambar satu jajan berbentuk deodorant yang dibeli anaknya.

"Rupanya ini cecair ais manis. Nak makan kena 'roll' dengan lidah. Eeé terus saya buang tak bagi anak makan. Mengarut!" katanya.

Susulan perkongsian tersebut, seorang ibu bertindak menunjukkan gambar 'deodorant' itu kepada anak lelakinya yang berusia 11 tahun.  

MENARIK DIBACA: Tak sedar risiko... Ramai buat 5 kesilapan ini ketika simpan, kendali tong gas

MENARIK DIBACA:  "Kenapa keluarga si mati kena sedia makanan?" - Pendakwah ulas amalan waris rai tetamu ziarah kematian

"Saya tunjukkan gambar ini kepada anak. Saya tanya sama ada dia akan cuba makan gula-gula itu dan dia jawab ya kerana rasa ingin tahu.

"Saya terus nasihatkan jangan makan sembarangan sebab ada kes dadah dijual dalam bentuk gula-gula. Pernah baca ecstasy dibuat macam 'teddy bear' atau lollipop. Memang seram," katanya.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan agar isu ini dibawa ke pihak sewajarnya bagi mencari penyelesaian bersama.

"Sekolah anak saya pernah hadapi isu sama. Ada ibu bapa bangkitkan dalam PIBG akhirnya sekolah tetapkan jarak tertentu untuk penjaja berniaga. Sekarang gerai jauh sikit dari pagar sekolah.

Gula-gula pelik kini semakin banyak dijual dalam pelbagai bentuk.

"Tak boleh ke larang terus penjaja luar pagar sekolah? Banyak risiko, entah apa-apa jajan dijual," antara komen netizen.

Rata-rata warganet berpandangan bahawa sifat ingin tahu yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka mudah terpengaruh untuk membeli makanan pelik tanpa memikirkan risiko kesihatan atau keselamatan.

Ada juga yang meluahkan rasa geram terhadap sikap sesetengah penjaja yang dianggap tidak bertanggungjawab.

"Macam kutu babi, entah memang kutu babi atau tidak. Eee mengarutlah penjaja ini. Takkan tak ada akal sebelum menjual?" komen seorang lagi netizen.

Isu ini bukan sahaja melibatkan pemantauan ketat terhadap penjualan makanan di sekitar sekolah, tetapi ibu bapa juga perlu mainkan peranan dalam mendidik anak-anak agar lebih berhati-hati dalam memilih makanan.

Dalam masa sama, ibu bapa berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terus dijaga.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Periuk 'pressure cooker' tak bagi kerjasama, laksa direbus jadi ambuyat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

[V] Buat kuah kacang paling mudah tanpa serai, lengkuas! Padu makan dengan cucur udang

Terhangat