Jepun berjaya buktikan padi boleh tanam dalam bangunan, mahu belia ceburi sektor pertanian
SIAPA kata padi hanya boleh ditanam di sawah dan kawasan terbuka yang luas sahaja?
Di zaman serba canggih dengan inovasi teknologi terkini, tidak mustahil untuk padi ditanam di dalam bangunan dan bukan lagi di sawah berlumpur.
Buktinya di Jepun, negara yang diberi julukan 'matahari terbit' itu telah berjaya menginovasikan penanaman padi di dalam bangunan menggunakan pencahayaan natural (matahari) dan lampu.

Memetik penulisan dalam buku Catatan Zunita Di Jepun seperti yang dikongsikan laman Pertanian Satu Perniagaan di Facebook, kaedah penanaman yang digunakan itu dikenali sebagai 'urban farm' yang dipelopori oleh sebuah syarikat di tengah bandar Tokyo iaitu Pasona.
Menurut laman itu, kaedah penanaman 'urban farm' itu merupakan yang terbesar di Jepun melibatkan keluasan lebih dari 4,000 kaki persegi.
"Sekitar 1,000 kaki persegi kawasan dikhaskan untuk penanaman padi dan selebihnya iaitu kira-kira 3,000 kaki persegi pula untuk tanaman lain," kongsinya.
MENARIK DIBACA: 100 cef pecahkan rekod hasilkan tiramisu terpanjang di dunia! Guna lebih 100,000 biskut, 3,000 biji telur
MENARIK DIBACA: Lelaki Jepun kongsi cara buat sashimi guna 'ikan-ikan Malaysia', puji hasilnya enak
Menariknya, padi yang ditanam di dalam bangunan itu tetap dijaga denga baik oleh lapan petani profesional dan dibantu oleh pekerja lain.
Hasil padi yang dituai tidak dijual, sebaliknya ia dimasak di kafeteria bangunan untuk dimakan bersama-sama.
Sebagai peneraju kepada inovasi penanaman padi di dalam bangunan, Pasona berharap usaha tersebut dapat meningkatkan minat terutamanya golongan muda yang kini lebih cenderung untuk bekerja di pejabat sehingga menenggelamkan sektor agrikultur terutama di bandar-bandar besar seperti Tokyo.