KUALI | Viral

Pelanggan beri ulasan buruk, 'rating' 1 bintang! Marah kedai tutup sekejap sebab staf solat

Lead Image

MENJALANKAN perniagaan tidak sekadar melayan baik pelanggan dan menjaga kualiti produk, tetapi ada waktu perlu diperuntukkan untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Di Malaysia, menghentikan seketika operasi ketika masuk waktu solat bukanlah sesuatu yang asing, terutama bagi restoran dan premis kecil yang dikendalikan oleh pekerja Muslim.

Bagaimanapun siapa sangka, tindakan menutup kedai seketika demi memberi laluan kepada pekerja menunaikan solat boleh mengundang reaksi negatif daripada pelanggan.

Seorang pengusaha kedai makan meluahkan rasa kecewa apabila menerima 'rating' satu bintang daripada seorang pelanggan hanya kerana gerainya berehat seketika ketika waktu Maghrib.

Peniaga itu tetap memohon maaf kerana pelanggan berkenaan.

Menurutnya, notis mengenai waktu rehat tersebut sudah dipaparkan sejak Oktober tahun lalu bagi memaklumkan kepada pelanggan.

“Dapat 'rating' 1 star hanya kerana 'break' untuk Maghrib? Seriously?

“Kami dah letak notis ini sejak tahun lepas bulan 10 lagi,” katanya menerusi satu hantaran sambil memuat naik tangkap layar ulasan pelanggan terbabit.

Walaupun berasa terkilan, peniaga itu tetap memohon maaf kerana pelanggan berkenaan mungkin terpaksa menunggu agak lama untuk membuat pesanan semula.

MENARIK DIBACA: Peniaga diberi 'amaran' henti promosi produk di media sosial, pesaing anggap 'sailang' bisnes

MENARIK DIBACA: Dahsyat! Cuma satu perkataan, peniaga makanan untung besar bila TokTi 'bersuara' di media sosial

Dalam masa sama dia menegaskan, solat bukan perkara yang boleh dikompromi walau dalam apa jua keadaan.

“Maaf atas sebab perlu menunggu lebih kurang 40 minit untuk boleh buat 'order' semula.

“Break Maghrib memang kami tak boleh nak kompromi… mohon maaf sesangat,” tegasnya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menyebelahi peniaga berkenaan dan menyifatkan tindakan pelanggan itu sebagai tidak sensitif.

Mereka berpendapat, kewajipan menunaikan solat jauh lebih penting berbanding penilaian 'rating'.

Komen netizen di laman Threads.

“Rating tak penting, kewajipan tu lagi penting. Semoga suatu hari nanti 1 rating tu diganti dengan 1,000 lima bintang.

“Islam ke dia ni? Kalau Islam kenapa dia tak faham? Memang teruk perangai macam ni,” antara komen netizen.

Ada juga peniaga lain berkongsi pengalaman serupa apabila terpaksa berdepan pelanggan yang kurang memahami waktu rehat singkat ketika Maghrib.

“Kita sebagai peniaga kadang berharap 'customer' faham waktu Maghrib terlalu singkat. Jadi terpaksa tutup sekejap kerana staf tak ramai, tak lama pun 15 minit je, ada juga yang berbunyi lambatlah.

“Kita di negara majoriti Muslim, sepatutnya faham dan tahu waktu Maghrib itu pendek. Anda tak nak solat, itu pilihan anda, tapi izinkan para peniaga solat,” tulis seorang netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Kekasih pandai beli jiwa... Wanita teruja dapat hadiah buah, bukan bunga! - "Kenapa 'flawless' sangat"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Isteri pelik suami suka sangat sotong dalam tin, ramai tampil mengaku peminat tegar - "Ketagih dari kecil"

Terhangat