'Port' makan di Indonesia jadi bualan! Ramai rela bayar mahal, tolak 'street food' - "Cirit, muntah baru kau tahu langit tinggi rendah"
KECOH kes pelancong Malaysia ditularkan oleh pihak pengurusan restoran popular di Indonesia, Pagi Sore yang menuduh mereka tidak membayar bil selepas makan di salah sebuah premisnya di Jakarta.
Bagaimanapun permohonan maaf telah dibuat dengan warganet atau mereka yang pernah makan di situ tampil melontarkan pandangan masing-masing.
Seorang individu di laman Threads menjadi perhatian selepas menyuarakan pendapatnya dengan menyatakan lebih baik makan di gerai tepi jalan jika ke Indonesia berbanding restoran besar yang viral.
Katanya, dia sudah lapan kali ke negara itu namun tidak pernah sekali pun memilih untuk makan di restoran mewah atau 'port' makan viral.

"Pergi Indonesia makanlah dekat kedai-kedai tepi jalan tu, apa yang 'peghak' (hadap) sangat nak makan kat restoran besar yang viral semua tu," tulisnya, memberi pandangan.
Dia merasakan, dalam hal ini adalah lebih baik pelanggan menyokong kumpulan peniaga kecil berbanding 'mengejar' tempat makan viral.
Malah, dia juga kurang bersetuju jika kebersihan dijadikan alasan utama untuk tidak mencuba makanan yang dijual di gerai tepi jalan.
MENARIK DIBACA: Rahsia orang dulu masak sedap lain macam! Kena sabar, guna petua pecah minyak 3–4 kali
MENARIK DIBACA: Perap guna teknik 'wet brine' dan 'dry brine' jadikan isi ayam lebih 'juicy', sedap tahap maksimum!
Pendapatnya itu bagaimanapun mengundang reaksi dalam kalangan netizen apabila ramai yang tampil dengan memberikan reaksi berbeza.
"Maaf bang, kedai tepi jalan tu kau kena siap sedia ubat. Dia orang tak cucuk typhoid," komen seorang individu.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi mengalami keracunan makanan ketika berada di negara tersebut selepas makan di warung tepi jalan.
"Maaf tak berani. Saya kat Batam makan kat restoran saja pun boleh kena 'diarrhea'. Kalau makan tepi jalan lagilah tak tahu jadi apa, padahal saya seorang yang suka 'street food' tapi di Indonesia tak berani.
"Gobok (warung) tepi jalan di Indonesia sangat berhabuk boleh cirit birit dibuatnya. Tiap kali pergi Indonesia sakit perut jangan main-main.
"Kena cirit-birit, muntah-muntah kat negara orang baru kau tahu langit tinggi rendah, tak berani la ambil risiko. Rela bayar mahal asalkan bersih. Pergi nak seronok nanti kena keracunan makanan hilang terus 'mood' nak jalan-jalan.
"Sedangkan orang Indonesia sendiri tak sarankan sangat makan makanan tepi jalan tu, tulis (menu) burung puyuh padahal tikus," demikian antara komen netizen.