Wanita dianiaya rider 5 bintang! Makanan tak sampai, terkejut dapat tahu status tempahan
BAYANGKAN perut tengah lapar, tapi makanan yang dipesan pula tak kunjung tiba.
Begitulah pengalaman seorang pengguna Threads yang meluahkan rasa kecewa apabila pesanan makanan yang ditempah menerusi aplikasi e-hailing tak diterima walaupun sistem menunjukkan makanan sudah dihantar.
Lebih mengecewakan, wanita itu mengakui dia sudah memberikan tip tambahan sebanyak RM4 kepada rider berkenaan sebagai tanda terima kasih.
Jelasnya, pada awalnya dia menyangka rider terbabit mencuri makanan yang dipesan kerana tidak dihantar di depan rumah.

Bagaimanapun selepas ditanya kepada pihak kedai, peniaga memaklumkan rider tersebut langsung tidak datang mengambil makanan berkenaan.
“Apa ni… rider 5 star. Kita ni 'confident' dah bagi tip RM4 ya. Sekali pergi tengok eh, tak ada pun makanan.
“Ingatkan rider 'rembat', rupanya rider tak 'pickup' pun makanan kat kedai. Jahatnya ye,” luahnya.
Susulan itu, wanita berkenaan segera membuat laporan kepada pihak Grab dan berjaya memperoleh bayaran balik (refund) bagi pesanan tersebut.
MENARIK DIBACA: Selalu ‘gaduh’ tapi tetap sayang... Pemandu Ojol jalan amanah rakyat Malaysia, serah makanan kepada golongan memerlukan
MENARIK DIBACA: 5 jenis tanaman mudah 'hidup' di dapur, tak payah beli boleh petik kalau nak masak
Walaupun wangnya dipulangkan, dia tetap bengang kerana tidak menyangka niat murni memberikan tip dibalas dengan cara sedemikian.
"Sebab ni first time happened to me. Tapi tuan kedai benda ni selalu je jadi.
“Kepada pengguna-pengguna Grab tegar macam saya, just be careful je la,” katanya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama selain menasihati wanita itu supaya tidak terlalu cepat memberikan tip kepada rider.

“Yang tip ni jangan bagi awal sangat… bagi lepas dah dapat.
“Dia ingat buat duit semudah tu kot. Esok lusa kena 'ban', merentan la 'up' post sedih kena banned," antara komen netizen.