info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Anak muda minat jual nasi lemak, buntu ramai suruh cari kerja lain jamin masa depan

Lead Image

BERNIAGA bukan sahaja memerlukan kesabaran, tetapi juga minat.

Seseorang yang memilih untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan juga memerlukan sokongan bukan sahaja dari segi wang tetapi juga semangat daripada orang sekeliling.

Seorang pemuda kini buntu, malah hampir berputus asa apabila memikirkan cakap-cakap orang tentang jalan yang dipilih iaitu berniaga nasi lemak secara kecil-kecilan sebagai mata pencarian.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Threads, pemuda tersebut meminta sokongan dan semangat daripada orang ramai untuk dia terus tabah mencari rezeki dengan menjual nasi lemak.

Seorang pemuda yang juga penjual nasi lemak sedih apabila disarankan untuk mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan.

Puncanya, ada individu yang menasihatinya supaya berhenti berniaga dan mencari pekerjaan lain yang boleh menjamin masa depan yang lebih cerah.

"Umur 22 aku pilih jalan hidup untuk berniaga nasi lemak depan rumah. Aku memang minat sangat menjual.

"Tapi itulah, ramai suruh aku pergi minta kerja lain. Diaorang cakap, berniaga seperti ini tidak menjamin masa depan. Salah ke?

"Boleh beri pendapat korang tak, atau kata-kata semangat," kongsi pemuda tersebut.

Difahamkan, dia berniaga nasi lemak yang diberi nama Nasi Lemak Donia secara kecil-kecilan di depan rumahnya di Kuala Terengganu, Terengganu.

MENARIK DIBACA: Timun sumbat isi ayam... Sup sedap pikat selera anak, menu diet orang dewasa

MENARIK DIBACA: Wajib makan roti lepyoshka jika ke Uzbekistan... Tinggi nilai falsafah, dianggap roti paling cantik di dunia

Perkongsian tersebut menarik perhatian pengguna Threads apabila ramai meninggalkan komen berserta kata-kata semangat untuk pemuda itu.

Malah, rata-rata netizen menasihatinya untuk mengabaikan kata-kata 'jahat' dan terus melakukan pekerjaan yang diminati.

Netizen membanjiri komen dengan meninggalkan kata-kata semangat.

"Keep it up bro. Jaga harga, kualiti dan rasa. Jadi mesra pelanggan. InsyaAllah akan laris. Masa depan? Rezeki? Semua Allah dah tentukan, usaha kita doa dan tawakal.

"Abaikan. Berniaga adalah sunah Rasulullah. Jalan terus. Rezeki kita Allah SWT yang atur.

"Hikmah berniaga? Masa kita tentukan. Nak solat jemaah di masjid pun mudah. Rezeki bukan tentang duit semata-mata, tetapi tentang masa dan kesihatan," demikian antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Ibu kongsi gelagat 'anak bertuah' simpan kerang dalam 'freezer' - "Beli segar, kau pergi bunuh"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

"Supervisor acah bagus" - Pelanggan kafe bengang permintaan basuh 'tumbler' tak dilayan

Terhangat