info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Ibu kongsi gelagat 'anak bertuah' simpan kerang dalam 'freezer' - "Beli segar, kau pergi bunuh"

Lead Image

TINDAKAN seorang anak perempuan menyimpan kerang segar di bahagian sejuk beku mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen apabila ramai mengakui pernah melakukan kesilapan sama.

Menerusi hantaran di Threads, seorang wanita berkongsi tentang tindakan anak perempuannya yang memasukkan kerang baru dibeli ke dalam peti sejuk sehingga makanan laut itu mati.

Menurut si ibu, dia tidak menyangka masih ramai rupanya tidak mengetahui tentang cara penyimpanan kerang yang betul.

"Anak dara aku beli kerang. Lepas tu dia simpan dalam peti ais beku. Kerang kesejukan sampai akhir nyawa!

"Stres aku la! Orang beli kerang segar/hidup. Kau pula pergi bunuh kerang!" tulisnya berseloroh.

Ramai netizen menyedari kerang yang dibeli tidak sesuai disimpan dalam peti sejuk.

Perkongsian berkenaan secara tidak langsung memberikan ilmu baharu kepada warganet yang mengakui selama ini tidak mengetahui cara penyimpanan kerang yang betul.

Seorang netizen mengaku dia sendiri pernah berdepan situasi sama sehingga menyangka kerang yang dibeli tidak berkualiti.

"Terima kasih sebab membebel kat Threads, sebab saya pun baru tahu. Pernah sekali je beli kerang masuk peti ais, esoknya baru cuci dan rebus.

MENARIK DIBACA: Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

MENARIK DIBACA: Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

"Memang banyak yang susah nak buka (kopek) dan saya ingat kerang kat 'supermarket' tu jual spesies yang tak elok punya, rupanya sendiri kurang pengetahuan.

"Patutlah ibu saya kalau beli kerang je masak terus. Tak fikir apa-apa, saya ingat sebab rajin masak terus sebab dia memang suka beli bahan sebelum nak masak," antara komen netizen.

Antara komen di laman Threads.

Segelintir lagi netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila kerang yang disimpan dalam peti sejuk menjadi liat selepas dimasak.

"Baru tahu sis kerang tak boleh letak peti ais. Selalu beli kerang terus masak, ilmu baru hari ini.

"Saya pernah buat macam ni, lepas tu pelik kenapa semua kerang saya kecut kecil. Lepas Google baru tahu kerang hidup tak boleh masuk 'freezer'.

"Haha saya pun buat silap yang sama, cumanya dah cuci baru letak dalam peti sejuk. Lepas tu bila nak masak, kerang tak buka-buka pun kulitnya.

"Akhirnya rebus lama, kemudian kerang jadi liat bila makan," antara perkongsian netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi kerang lebih sedap jika terus dimasak selepas dibeli dan tidak disimpan terlalu lama.

"Kerang kalau baru beli terus masak jangan simpan nanti tak sedap," komen seorang warganet.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Kapal cruise mewah tawar pengalaman gastronomi premium, sajian air tangan Chef Wan jadi tarikan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Anak muda minat jual nasi lemak, buntu ramai suruh cari kerja lain jamin masa depan

Terhangat