info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Suka-suka cuba resipi Khairul Aming, pelajar raih hampir RM1,000 hasil jual puding karamel

Lead Image

MINAT dalam bidang masakan bukan sahaja mampu mengisi masa lapang, malah boleh dijadikan sumber pendapatan jika dilakukan dengan konsisten dan bersistematik.

Seorang ibu berkongsi rasa bangga melihat anak lelakinya yang masih bersekolah mula menjana pendapatan sendiri dengan menjual puding karamel yang dibuat di rumah.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita dikenali sebagai Yusrah Sheeya berkata, semuanya bermula selepas anaknya, Amirul, menghasilkan puding mengikut resipi pempengaruh masakan, Khairul Aming.

Menurutnya, selepas video Amirul membuat puding dimuat naik, anaknya itu secara senyap-senyap mula mengambil tempahan daripada pelanggan.

Puding karamel yang dihasilkan oleh Amirul menggunakan resipi popular Khairul Aming kelihatan licin, berkilat dan cukup menyelerakan.

"Lepas video Amirul buat puding Khairul Aming hari tu, diam-diam dia mula ambil order.

"Kejap-kejap ajak ibu pergi kedai baking nak beli whipping cream, lepas tu esok nak beli cream cheese pula. Lusa nak beli bekas pula," kongsinya.

Pada mulanya, Yusrah menyangka anaknya sekadar seronok bereksperimen di dapur dan mencuba pelbagai resipi pencuci mulut.

Bagaimanapun dia tidak menyangka kanak-kanak itu sedang dalam proses menyiapkan tempahan yang diterima daripada pelanggan.

MENARIK DIBACA: Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

MENARIK DIBACA: Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

Walaupun berbangga dengan kesungguhan Amirul, wanita itu mengakui dia perlu memperlahankan sedikit aktiviti perniagaan anaknya kerana bimbang ia mengganggu tumpuan terhadap pelajaran.

"Tapi sebab dia baru Form 2, ibu terpaksa slowkan dia sikit. Risau pula tengok banyak sangat masa dia habis dekat dapur buat dessert.

"Korang doakan rezeki Amirul berjaya dalam pelajaran," katanya.

Dalam satu lagi perkongsian, Yusrah memberitahu pengalaman berniaga secara kecil-kecilan itu memberi banyak pendedahan kepada Amirul, terutama mengenai nilai usaha dan wang.

"Alhamdulillah, pengalaman berniaga kecil-kecilan ni bagi dia banyak pendedahan. Paling seronok bila dia dapat kumpul duit hasil usaha sendiri untuk beli 'handphone'.

"Hasil jual puding dan selalu masak bekal sendiri pergi sekolah dan duit belanja tak pakai, dapatlah RM890. Still tak cukup nak grab handphone dia aim, jadi lebih tu ibu tambah," ujarnya.

Hasil sentuhan Amirul, puding karamel bertekstur lembut dengan lapisan sos karamel yang sempurna.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga maya yang memuji semangat keusahawanan Amirul pada usia muda.

"Dulu anak buah saya pun macam ni. Dia suka follow resipi Khairul Aming. Dia siap ambil order kek dan jual. Alhamdulillah cikgu-cikgu dan mak kawan-kawan dia rajin order. Dapatlah dia extra duit belanja. Dan Khairul Aming jadi sumber inspirasi dia untuk sambung study ke luar negara.

"Nampak sedap pudingnya, terliur pula. Good job Amirul, semoga berjaya dalam pelajaran dan terus jadi anak yang membanggakan ibu.

"Saya suka tengok cara dia buat puding. Kemas, teratur dan sangat cermat. Semoga adik Amirul berjaya dalam pelajaran dan mungkin 'proceed' jadi pakar dalam bidang kulinari," antara komen netizen.

Kisah Amirul membuktikan minat yang dipupuk sejak kecil mampu membuka peluang baharu, malah menjadi platform pembelajaran yang berharga tentang usaha, disiplin dan pengurusan kewangan pada usia remaja.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Selepas 11,000 kes keracunan makanan, ketua program makanan percuma dipecat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Dari filem ke meja makan... Ketahui sejarah kek gergasi Matilda, kaya rasa coklat premium

Terhangat