info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Kedai tutup sekejap untuk solat Jumaat, pelanggan beri reviu buruk sebab tak letak notis

Lead Image

SETIAP kali masuk waktu Zuhur pada hari Jumaat, kebanyakan premis termasuk kedai makan di kawasan majoriti penduduknya Muslim akan menghentikan sementara operasi mereka untuk solat berjemaah.

Bagi pelanggan terutama golongan lelaki Muslim, mereka seharusnya tahu tempat yang sepatutnya mereka perlu berada pada waktu itu.

Bagaimanapun tidak semua individu pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat Jumaat dengan ada yang masih dilihat bersantai atau meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Keluhan seorang pelanggan apabila sebuah kedai ayam gepuk tidak dibuka.

Seorang pekerja di sebuah kedai ayam gepuk berkongsi tangkap layar memaparkan keluhan seorang lelaki terhadap premisnya gara-gara menutup seketika operasi tanpa meninggalkan notis.

"Hari Jumaat memang tutup ke? Saya datag sekitar pukul 1.30 petang, kedai tutup gelap, tapi ayam semua ada.

"Sekurang-kurangnya tulislah tutup sebab apa dan buka semula pukul berapa," tulisnya yang turut memberikan penilaian satu bintang di ruangan reviu kedai tersebut.

MENARIK DIBACA: Banyak punca cili kisar cepat rosak, Kak KM kongsi teknik betul penyimpanan

MENARIK DIBACA: [V] Tokti penggemar ikan sungai, malu-malu mengaku handal masak patin tempoyak - "Level kepakaran 9 per 10"

Keluhan pelanggan itu membuatkan salah seorang pekerja berkongsi tangkap layar reviu yang ditinggalkan sambil membidas komennya.

"Aku peliklah orang sekarang. Aku pekerja ayam gepuk kedai ni. Masalahnya hari ini hari Jumaat, yang kau datang pukul 1.30 petang apahal? 

"Nama dah lelaki, kau tak pergi solat Jumaat ke?" tulisnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang meninggalkan pelbagai komen, termasuk hukum menjalankan urusan jual beli ketika waktu solat Jumaat.

Pelanggan tersebut mendakwa kedai ayam gepuk ditutup sementara tanpa meninggalkan apa-apa notis.

"Mesti dia tak tahu haram jual beli lepas azan kedua berkumandang.

"Kantoi tak solat Jumaat, tak menyabar nak makan ayam gepuk.

"Haram transaski jualan pada lelaki Muslim selepas azan Zohor pada hari Jumaat sehingga habis waktu solat," komen beberapa orang netizen.

Namun, ada juga yang mengingatkan agar tidak terlalu cepat membuat penilaian kerana seseorang mungkin mempunyai sebab tertentu yang tidak diketahui orang lain termasuk ketika sedang bermusafir.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita kembang tekak, makan kek coklat dakwa jumpa ulat tergantung

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Gigih belajar demi jimat RM1,500... Wanita bangga sekali cuba, sourdough jadi sempurna!

Terhangat