info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Wanita kembang tekak, makan kek coklat dakwa jumpa ulat tergantung

Lead Image

KEJADIAN penemuan benda asing dalam makanan yang dibeli sering dikongsikan di media sosial.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi kejadian sama selepas mendakwa menemui ulat yang masih hidup dalam kek coklat yang dibeli dari sebuah kedai.

Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, wanita tersebut memberitahu, kek coklat berlapis itu dibeli dari sebuah kedai serbaneka yang terkenal dengan harga barang berpatutan.

Ulat berwarna merah jambu (dalam bulatan) ditemui pada kek coklat berlapis.

"Saya makan macam biasa, lepas tu nampak macam ada benda tergantung.

"Tak sangka pula ulat ada dalam kek coklat berlapis tu. Adoi!" kongsinya.

Dalam sebuah video yang dikongsikan, kelihatan jelas terdapat seekor ulat berwarna merah jambu keluar dari celahan kek coklat yang telah dimakan separuh.

MENARIK DIBACA: Pasukan Lotus's Malaysia menang besar di Thailand Ultimate Chef Challenge, tewaskan 400 cef seluruh Asia

MENARIK DIBACA: [V] Ikut bapa berniaga sejak kecil, Donna Muslim sambung bisnes popia keluarga

Lebih membuatkan wanita itu hairan, tarikh luput kek coklat tersebut adalah pada tahun 2027.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang masing-masing kesal dengan dakwaan insiden itu.

Ramai turut mencadangkan supaya wanita berkenaan mengambil tindakan dengan membuat aduan ke pihak bertanggungjawab, selain memaklumkan perkara ini kepada pengilang.

Salah seorang netizen memberikan saranan tindakan yang boleh diambil.

"Besarnya ulat! Jadi kembang tekak dibuatnya.

"Di belakang plastik ada alamat syarikat pengilang, terus hubungi mereka atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Hubungi pihak pengilang, nanti mereka akan gantikan dengan sesuatu," demikian antara saranan netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Gadis Kelantan kena 'bahan' di kolej gara-gara cakap 'mi dah bengkak'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kedai tutup sekejap untuk solat Jumaat, pelanggan beri reviu buruk sebab tak letak notis

Terhangat