Tekak tak boleh terima mi sebab tauma rasa kapur, wanita buntu bakal mentua tak faham
SETIAP individu ada selera dan ‘pantang’ makanan tersendiri, malah ada yang sanggup mengelak sesuatu hidangan sejak kecil kerana pengalaman kurang menyenangkan.
Begitulah luahan seorang wanita di Threads yang berasa bimbang sekiranya bakal keluarga mentua sukar menerima dirinya yang tidak makan mi.
Menurut wanita itu, dia berasa serik selepas menikmati sajian mi kuning di sebuah kedai yang didakwa tidak dibasuh sempurna sehingga rasa kapurnya terasa begitu kuat.
"Hurmm saya harap bakal mak mertua saya terima saya yang tak makan mi.

"Sebab saya pernah makan dekat kedai yang mi tu tak basuh so rasa kapur mi tu terus potong mood, kemudian tak telan dah. Since kecil lagi ni jadi sekarang makan bihun atau kuetiau je," kongsinya.
Perkongsian ringkas itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan masalah makanan dalam keluarga mentua.
Ada yang berpendapat perkara sebegitu sepatutnya tidak menjadi isu besar selagi setiap individu saling memahami dan menghormati selera masing-masing.
MENARIK DIBACA: "Jaga makan waktu haid" - Wanita TTC dedah kiwi bantu suburkan telur, akhirnya ‘lekat’!
MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala
"Saya tak suka sup. Family mentua orang Pantai Timur suka dish sup. Sometimes dia masakkan lauk lain for me. Kalau dia tak masak pun saya okay je makan benda lain," tulis seorang netizen.
Malah ada yang berkongsi mereka juga tidak makan mi, namun akan menjamah sedikit sajian itu sekadar menjaga hati tuan rumah.
"Saya pun tak makan mi macam awak tapi kalau ni je yang orang serve dekat rumah, saya ambil sikit sekadar nak jaga hati tuan rumah. Dia buat tu dah penuh ikhlas," ujar seorang pengguna.
Dalam pada itu, ramai menasihatkannya bahawa perkara berkaitan selera dan pemakanan dibincangkan lebih awal agar tidak timbul salah faham selepas berkahwin.
"Saya ada GERD memang tak makan mi, roti atau makanan berasaskan tepung. Mak mentua memang tahu. Kalau dia masak mi kari dia akan buatkan sekali bihun untuk saya.

"Kena bagitahu awal supaya diaorang faham," komen seorang netizen lagi.
Tidak kurang juga yang menyifatkan layanan keluarga mentua sebenarnya bergantung kepada tahap toleransi dan sikap memahami antara satu sama lain.
"Contoh saya suka nasi dagang, setiap kali balik wajib ada nasi dagang untuk menantu dia walaupun anak dan suami dia tak makan," tulis seorang wanita.
Perkongsian itu sekali lagi membuktikan bahawa soal makanan mungkin nampak remeh, namun bagi sesetengah individu ia berkait rapat dengan keselesaan, trauma dan juga penghormatan dalam hubungan kekeluargaan.