Ramai serik ambil minuman detoks, usus menipis 'dipaksa' buang air besar - "Percaya sangat berak boleh buang lemak"
LAMBAKAN produk minuman detoks dan suplemen serat yang didakwa mampu membantu melawaskan pembuangan air besar sekali gus menurunkan berat badan mengundang kebimbangan mengenai kesan terhadap kesihatan usus jika diambil tanpa kawalan.
Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang wanita di Threads yang meluahkan kerisauan selepas membaca pelbagai perkongsian warga maya yang mengalami masalah usus didakwa selepas mengamalkan makan suplemen fiber.
Menurutnya, produk detoks fiber yang menjadi trend di pasaran menyebabkan perut memulas sehingga memaksa seseorang kerap membuang air besar bukanlah sesuatu yang wajar dianggap normal.
"Seramnya lalu dekat Threads tadi. Usus jadi nipis sebab minum detoks fiber yang tengah viral sekarang.
"Kebanyakannya yang buatkan perut kita memulas-mulas, tak tahan nak membuang memang ada kesan menipiskan lapisan usus. Malah teh detoks atau ubat julap jenis pil pun tak boleh diamalkan untuk jangka masa panjang.
"Mana-mana jenama detoks fibre yang buatkan kita rasa memulas, itu pun dah pelik. Kalau benar-benar semula jadi, takkan bagi kesan memulas atau bloated macam tu.

"Yang dah teramalkan detoks fibre atau teh, jumpalah doktor dan periksa keadaan usus masing-masing," katanya.
Dalam hantaran sama, wanita itu turut berkongsi pengalaman berdepan masalah sembelit yang teruk ketika hamil.
Bagaimanapun, dia memilih untuk mengatasinya melalui pemakanan seimbang dan perubahan gaya hidup berbanding mengambil produk detoks.
Katanya, masalah tersebut berpunca daripada perubahan hormon kehamilan, pengambilan ubat zat besi serta diet tidak seimbang.
"Saya sendiri sembelit teruk, empat hingga lima hari tak ada rasa nak membuang dan najis keras selama dua bulan disebabkan hormon kehamilan, ubat zat besi dan diet yang tak seimbang.
"Ini yang saya buat dan membantu untuk membuang setiap hari serta elak najis keras.
"Bangun tidur saja ambil air mineral tiga teguk, minum aloe vera gel 99.7 peratus yang campur dengan jus oren. Waktu malam ambil bijirin yang mesra sembelit, minum air satu botol besar atau 1.3 liter ke atas, makan buah oren, buah naga, buah jambu dan beberapa sudu plain yogurt serta ulam dan sayur tak tinggal," kongsinya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai respon netizen yang mendakwa pernah mengalami pengalaman kurang menyenangkan selepas mengambil minuman detoks atau produk fibre.

"Weh sumpah detoks fibre ni memang aku tak boleh telan langsung. Bila minum esok tu macam contraction nak beranak weh.
"Taksub nak kurus tapi nak jalan mudah. Tak mau exercise, tak jaga makan bagi lawas secara natural jadi minum macam-macam suplemen detoks untuk lawas memang bahaya.
"Saya minum seminggu saja lepas tu serik dah sebab dehydrated lepas berak. Sakit perut dia macam kena food poisoning pun ada.
"Tak sayang usus, tak sayang buntut minum la benda yang 'berak-berak' ni. Saya dah lalui dah fasa bodoh tu. Kesannya menanggung sampai sekarang. Gastrik, gerd, buasir.
MENARIK DIBACA: Burnt cheesecake keledek ungu... Cantik dilihat, enaknya manis ubi semula jadi
MENARIK DIBACA: Terlekat tulang ikan, wanita kongsi bacaan disaran ustazah... Ramai tampil kongsi petua lain
"Saya dulu kerap hari-hari minum sampai satu hari tu saya gastrik + gerd dan akhirnya saya collapse masuk hospital. Sampai sekarang saya takut nak minum dan perut saya sentiasa pedih," antara perkongsian warganet.
Tak kurang juga terdapat netizen mendakwa isu tersebut pernah dibangkitkan sebelum ini, namun tidak dipandang serius.
"Dah pernah tegur sebelum ni, tapi ada orang cakap saya fitnah. Yang promote pula suruh minum hari-hari padahal dah ada info from dietitian dan Public Health Malaysia (PHM). Percaya sangat berak boleh buang lemak-lemak kat badan tu.
"Siap ramai-ramai perli. Saya masih ingat ada netizen tuduh dietititan can't be trusted. Setaksub itu dengan detoks suplemen. What a joke," antara komen netizen.