info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Hari-hari makan ayam gepuk, pemuda umur 23 tahun kena gout! Kacang tak patut dipersalahkan

Lead Image

PEMAKANAN sering menjadi persoalan apabila seseorang itu disahkan menghidap gout.

Seorang wanita mendakwa adiknya disahkan menghidap gout pada usia muda selepas kerap makan ayam gepuk.

Menurut perkongsian wanita itu di Threads, sukar untuk dirinya percaya bahawa hidangan itu boleh menyebabkan gout apatah lagi adiknya baru berumur 23 tahun.

"What the hell adik aku kena gout sebab makan ayam gepuk hari-hari. Baru tahu makan kacang hari-hari boleh kena gout. By the way dia lelaki baru 23 tahun," katanya.

Perkongsian itu menjadi perbincangan dengan ramai netizen tampil berkongsi pandangan serta menjelaskan bahawa gout bukan berpunca daripada satu jenis makanan semata-mata.

Pengambilan kacang secara kerap boleh menyumbang kepada 'trigger' penyakit gout.

Seorang warga maya berpendapat, ayam gepuk tidak sesuai dijadikan hidangan harian kerana kandungan kalori dan lemaknya yang tinggi.

"Ayam gepuk adalah makanan yang kita makan sebulan sekali atau dua kali, bukan hari-hari. The portion itself dah tak sihat, malah ditawarkan lagi nasi tambah percuma, sambal pun tambah free. Ayam digoreng deep fried lagi, kalau jenis makan tak control memang membawa kepada penyakit lah.

"Unless you make it your own style. Sayur banyak, tempe banyak, nasi around lima sudu, sambal dan kicap hujung-hujung jari je bukan selambak, ayam dada dan air putih, itu pun makan sebulan sekali dua je patutnya,” dia memberikan pandangan.

Dalam pada itu, ada beberapa netizen turut menjelaskan bahawa kacang atau gajus secara khusus bukan penyebab utama gout, sebaliknya hanya bertindak sebagai pencetus kepada individu yang sudah mempunyai paras asid urik yang tinggi.

"Kacang tu just trigger goutcondition asal dia tu dah uric acid tinggi.

Penyakit gout menyerang individu tidak mengira usia.

"Makan kacang trigger gout tapi puncanya hari-hari makan gula, buah pinggang rosak tak dapat tapis protein so terjadilah uric acid.  Ambil gula banyak-banyak tiba-tiba makanan lain pula yang disalahkan.

"Kacang banyak, gula banyak, tak suka minum air kosong, tak banyak berpeluh, tak bersukan.

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

“Jaga permakanan. Jangan 'bantai' minum air manis je. Gout, kencing manis dan seangkatannya  akan turut serta kalau makan main 'sebat'. Ini bukan salah ayam gepuk. It's about how you eat the food,” antara komen netizen.

Malah, ada juga yang menekankan pengambilan gula putih secara berlebihan merupakan antara faktor utama yang sering dikaitkan dengan gout.

"Gout bukan sebab tu je, sekarang punca utama sebab gula putih. Dulu-dulu orang akan cakap banyak makan seafood. Tapi sekarang daripada gula tu la punca. Kalau dia makan ayam gepuk kicap selambak je dah tahu kandungan gula dia banyak mana selain air manis," komen netizen lagi..

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Wanita kongsi cara mudah masak salai cili api! 'Terbongkar' rahsia ayam Baker's Cottage banyak kegunaan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Teruja beli 'roti cantik', wanita terkejut keras tak boleh gigit! Ketahui keunikan 'non' Asia Tengah

Terhangat