Wanita kongsi cara mudah masak salai cili api! 'Terbongkar' rahsia ayam Baker's Cottage banyak kegunaan
KALAU dah namanya orang Malaysia, apa saja hidangan mampu diolah secara kreatif sehingga menjadi satu lagi sajian lain yang membuka selera.
Kadang-kadang bahan yang nampak biasa dan tak pernah terlintas di fikiran pun boleh diolah menjadi hidangan yang buat ramai terliur.
Misalnya masak lemak ayam salai cili api yang mana ramai menggunakan idea kreatif untuk tidak perlu bersusah memasak di dapur tetapi hasilnya tetap enak.
Seorang wanita di Threads mencuri perhatian apabila dia berkongsi hidangan itu menggunakan ayam dari premis rangkaian Baker's Cottage.
Cara kreatif tersebut mendapat sambutan apabila ramai warga maya turut berkongsi idea dan pengalaman masing-masing menggunakan ayam panggang itu dalam pelbagai menu.

Menurut wanita berkenaan, idea tersebut menjadi pilihan keluarga dengan ia dikatakan sangat sedap sehingga boleh dimakan berulang kali.
"Siapa yang bagitahu ayam Baker's Cottage ‘masuk’ dalam masak lemak cili api memang sedap sangat resipi tu. Berulang kami makan," tulisnya.
Di ruang komen, warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan ayam berkenaan sebagai bahan masakan.
Rata-rata menyifatkan penggunaan ayam tersebut bukan sahaja menjimatkan masa di dapur, malah sesuai diolah menjadi pelbagai jenis menu termasuk masakan tradisional.
MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing
MENARIK DIBACA: Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi
"Asal sedap cepat masak je, fast track hahahahaha. Tak payah nak basuh-basuh ayam... balik potong-potong campak je dalam kuah.
"Macam ayam salai masak lemak woi, sedapya. Terliur aku pukul 2 pagi ni dah la menu kegemaran masak lemak.
"Ni la lauk penyelamat saya kalau dah lambat nak masak. Kalau yang blackpepper tu buat ayam masak kicap.
"Wahhh, first time orang masak guna ayam Baker's Cottage. Selalunya makan ayam tu terus.
"Saya dah lama buat sis. Masak lemak, kicap, nasi ayam segera, bubur ayam carik-carik isi dia… Sambal ayam, sandwic, wrap pakai ayam ni. Pakai blackpepper atau madu. Dua-dua dah cuba,” komen beberapa netizen.

Malah tidak kurang juga menyarankan beberapa menu lain sesuai menggunakan ayam tersebut.
"Tau tak masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ayam ni murah sangat! Jadi memang buat masak lemak cili api, ayam sambal, ayam kicap, semua sedap!
"Cuba masak sup pula pun sedap, tabur daun sup dan bawang goreng.
"Asam pedas pun sedap kalau yang blackpepper tu.
"Kita selalu buat juga cili padi, ayam percik. Time-time buat jamuan raya lagi senang, beli ayam Baker's Cottage 20 ekor kita buat nasi ayam, kita buat kuah sambal je ayam dah ready senang kerja," komen netizen lagi.
Malah, ada juga yang mengimbau kenangan lama apabila menu menggunakan ayam siap masak menjadi pilihan bagi individu yang sibuk bekerja.
"Resepi arwah mak 20 years ago, working single mom, jadi semua lauk dia masak express tapi sedap. Tapi dulu beli kat pasar raya je. Bakers Cottage tak wujud kot," komen seorang warganet.